INFAQ SEDEKAH BULAN ZULHIJJAH 2024
Tarikh : 28/09/2024
ZULHIJJAH BULAN YANG DIMULIAKAN – SALAM AIDIL ADHA
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian.
اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا
Allah Maha Besar dengan sebenar-benar Kebesaran-Nya, dan pujian bagi Allah sebanyaknya.
وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang.
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ ، وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Tiada Tuhan melainkan Allah dan tidaklah kami menyembah melainkan-Nya dengan tulus ikhlas menuruti agama-Nya, sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir.
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ
Tiada Tuhan melainkan Allah sahaja. Dia membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya dan memuliakan tentera-Nya serta mengalahkan pakatan tentera
Ahzab secara bersendirian.
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian.
Zulhijjah adalah salah satu bulan yang dimuliakan Allah SWT. Bukan setakat kelebihan bulan ini disebut sebagai bulan haram iaitu bulan yang dihormati bahkan terdapat dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah yang menyebut sepuluh hari awal Zulhijjah merupakan hari-hari yang penuh dengan kelebihan dan kurniaan Allah.
10 hari awal Zulhijjah adalah hari-hari yang terbaik untuk melaksanakan pelbagai amal soleh, sedekah dan ibadah.
Keistimewaan & Kelebihan 10 Hari Pertama Zulhijjah
1. Pahala Yang Lebih Besar Daripada Jihad
Tahukah anda bahawa 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah ini dapat memberikan pahala yang lebih besar dari Jihad?
Sabda Rasulullah:
مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامِ الْعَشْرِ أَفْضَلَ مِنَ الْعَمَلِ فِي هَذِهِ ”. قَالُوا وَلاَ الْجِهَادُ قَالَ ” وَلاَ الْجِهَادُ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَىْءٍ ”.
“Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun Jihad? Baginda menjawab: Tidak juga Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi.
(HR al-Bukhari)
Mengapa 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih baik dari Jihad?
Menurut al-Imam Ibn Hajar:
والذي يظهر أن السبب في امتياز عشر ذي الحجة لمكان اجتماع أمهات العبادة فيه ، وهي الصلاة والصيام والصدقة والحج ، ولا يتأتى ذلك في غيره
“Secara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih utama dari yang lain kerana 10 hari ini menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sedeqah dan haji. Himpunan amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain. (
Fath al-Bari)
2. Hari Yang Paling Baik Dalam Setahun
10 hari pertama Zulhijjah dianggap sebagai hari yang paling baik dalam setahun.
Sabda Rasulullah:
أَفْضَلُ أَيَّامِ الدُّنْيَا أَيَّامُ الْعَشْرِ
“Sebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini.”
Sehingga atas dasar itu al-Imam Ibn Taimiyyah menganggap 10 hari pertama ini lebih utama dari 10 hari terakhir dari bulan Ramadan.
Kata beliau:
أيام عشر ذي الحجة أفضل من أيام العشر من رمضان والليالي العشر الأواخر من رمضان أفضل من ليالي عشر ذي الحجة
Sepuluh hari awal Zulhijjah lebih afdal daripada sepuluh hari akhir Ramadhan, dan malam sepuluh akhir Ramadhan, lebih afdal daripada malam sepuluh awal Zulhijjah. [Majmu’ al-Fatawa, jilid 25, m/s 287]
3. Hari Yang Dicintai Allah
Sabda Rasulullah:
ما من أيام أعظم عند الله سبحانه ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر. فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد
“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid” (HR al-Tabrani)
1 HINGGA 10 ZULHIJJAH (REBUTLAH PELUANG MERAIH PAHALA BERGANDA)
1. Rebutlah peluang amalan pahala luar biasa beramal pada 1 Dzulhijjah hingga 10 Dzulhijjah kerana pahala ibadah pada 10 hari ini melebihi pahala orang yang berjihad di medan perang – hadith sahih.
2. Antara amalan yang sangat disarankan adalah berpuasa mulai 1 hb Dzulhijjah hingga 9 hb Dzulhijjah. Namun ia bukanlah wajib, tidak syarat mesti kena puasa 9 hari straight, ikut kemampuan masing-masing. Bagi yang mampu buat 9 hari maka anda excellent, jika tidak mampu buat 9 hari straight maka buatlah secara berselang, jika tidak mampu buat secara berselang, maka buatlah Isnin dan Khamis, namun jika masih tidak mampu maka mesti aim untuk berpuasa pada 9 Dzulhijjah kerana berpuasa pada 9 Dzulhijjah Allah SWT mengampuni dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang .
3. Berilah makan kepada orang yang berbuka, kerana kita akan mendapat pahala puasa dari puasa mereka. Investlah untuk 10 hari yang berharga ini.
4. Bersedekahlah setiap hari, kerana sedekah pada 10 hari yang awal Dzulhijjah ini lebih besar pahalanya dari berinfaq di bulan Ramadhan. Investlah untuk akhiratmu. Amat jauh beza pahala bersedekah pada 10 hari yang awal Dzulhijjah berbanding dengan hari-hari yang lain.
5. Sertailah ibadah qurban jika mampu.
6. Hidupkan solat tahajud pada malam hari, sertai solat berjamaah, buatlah solat sunat rawatib penuh 12 rakaat, buatlah dhuha 4 rakaat dan baca quran setiap hari.
7. Perbanyakkan zikir ini, “Subhannallah, Walhamdulillah Walailahaillah Wallahu Akbar”
8. Perbanyakkan berdoa pada hari Arafah (tidak perlu mencari ketetapan masa dengan jamaah yg berwukuf).
9. Slowkan aktiviti duniawi pada 10 hari yang amat-amat berharga ini. Penuhi dengan aktiviti ibadah seperti mendatangi majlis-majlis ilmu serta membantu fakir miskin.
Semoga dengan panduan ini ia dapat diamalkan mudah-mudahan kalian memperolehi kurniaan yang tidak ternilai di akhirat kelak.
INFAQ SEDEKAH 1 – 10 ZULHIJJAH 2024 ( HARI ARAFAH / HARI TARWIYAH)
Bank Islam Malaysia Berhad : 03036010170932
Pertubuhan Amal Kebajikan,Pendidikan Dan Kemajuan Insan Kota Bharu
Infaq Wakaf Anda Akan Digunakan Di Jalan Allah (Fisabilillah):
1.Wakaf Pembinaan Masjid Al-Barakah,Maahad Tahfiz Al-Barakah, Pusat Islam Al-Barakah di Malaysia,indonesia dan Kemboja
2.Wakaf Beras Ummah & Food Bank Bantuan Makanan Asnaf/yatim/orang miskin dan memerlukan di Malaysia,Indonesia kemboja
3.Wakaf Quran & Pendidikan Umat Islam di Malaysia,Indonesia kemboja
4.Wakaf Kebajikan dan Dakwah Umat Islam di Malaysia,Indonesia kemboja
5.Wakaf Sedekah Banjir & Bencana Malaysia
6.Wakaf Pendidikan & Dakwah Ummah
Whatsapp : 60165326086
Laman web : www.amalkebajikan.com.my
Mohon Add Nombor +60165326086 ini ke Contact Address telefon anda.
Selawat Ke Atas Nabi Junjungan Nabi Muhammad S.A.W
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Doa Khas untuk Umat Islam Palestin:
Ya Allah, Peliharakanlah Umat Islam di Gaza,Palestin dengan rahmatmu, anak-anak kecil,ibu-ibu mengandung,orang tua,orang sakit.Berikan mereka keselamatan,rezeki dan jauhi dari kezaliman yahudi zionis israel
Rasulullah SAW bersabda: “Bersegeralah bersedekah sebab bala bencana tidak pernah mampu mendahului sedekah. Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah. Ubatilah penyakitmu dengan sedekah. Sedekah itu sesuatu yang ajaib. Sedekah menolak 70 macam bala dan bencana dan yang paling ringan ialah penyakit kusta dan sopak.” (Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabarani)
Fadhilat Sedekah, infaq dan wakaf dunia dan akhirat
– Infaq Sedekah Pembuka Pintu Rezeki
– Akan Sentiasa Dilindungi Allah Dunia & Akhirat
– Sedekah infak dapat hindari musibah/kesusahan
– Allah Akan Murahkan Rezeki & Harta Tidak Berkurang malah makin melimpah
– Selamat dari Api Neraka & Azab Kubur
– Sedekah Bantu Sejukkan Kepanasan Kubur
– Infaq Sedekah Ubati Penyakit
– Akan Masuk Syurga Melalui Pintu Sedekah
– Manfaat Amal jariah akan mengalir selamanya
– Pahala infaq sedekah & wakaf si anak / ada pertalian darah akan sampai kepada ibu-bapa di alam barzakh
– Dapat sucikan wang,harta menjadi wang dan harta yang berkah
– infaq sedekah jadi penolong/penaung ahlinya di alam barzakah dan di hari kiamat
Ubati Penyakit & Hindari Keburukan & Bala Dengan Infaq Sedekah
دَاوَوْا مَرْضَاكُمْ بِالصَّدَقَةِ، وَحَصِّنُوْا أَمْوَالَكُمْ بِالزَّكَاةِ فَإِنَّهَا تَدْفَعُ عَنْكُمُ الأَعْرَاضِ وَاْلأَمْرَاضِ
Ertinya: “Sembuhkanlah orang-orang yang sakit di antara kamu dengan bersedekah, dan bentengilah hartamu dengan (mengeluarkan) zakat, kerana sesungguhnya hal itu akan mencegah berbagai keburukan dan penyakit.” – Hadith Nabi S.A.W
Kami mohon maaf jika mesej ini berulang atau agak mengganggu tuan,cik,puan.Niat kami hanya untuk menyampaikan dakwah islam dan mengajak umat islam membuat kebaikan dan kebajikan sahaja.
Kami doakan tuan,cik,puan dikurniakan sebaik baik ganjaran di dunia dan akhirat,semoga dimurahkan rezeki.Dipermudahkan urusan dunia dan akhirat oleh Allah s.w.t
Wassalam w.b.t
Infaq/Wakaf Online, Klik Link di bawah,(Mohon Jasa Baik Tuan/Puan Maklumkan kami jika link gagal dibuka dengan balas “Link Gagal Dibuka)
Tolong share mesej ini kepada rakan whatsapp / group whatsapp tuan,cik,puan.semoga ianya bermanfaat dan menjadi ladang pahala, pintu rezeki dan kebajikan untuk kita semua..Subhanallah,terima kasih dan Salam Bulan Zulhijjah
INFAQ SEDEKAH BULAN ZULHIJJAH 2024
BULAN ZULHIJJAH
SEDEKAH HARI ARAFAH
SEDEKAH HARI TARWIYAH
INFAQ SEDEKAH 10 HARI TERAWAL BULAN ZULHIJJAH
WAKAF MASJID
WAKAF BINA MASJID AL-BARAKAH
WAKAF BINA TAHFIZ AL-BARAKAH
WAKAF BINA PUSAT ISLAM DNA KEBAJIKAN UMMAH AL-BARAKAH