Tanda Tanda Dan Kelebihan Malam Lailatul Qadar di Bulan Ramadan

Tanda Tanda Dan Kelebihan Malam Lailatul Qadar di Bulan Ramadan 10 MALAM AKHIR RAMADAN MALAM

Kelebihan Malam Lailatul Qadar di Bulan Ramadan

Firman Allah SWT:

تَنَزّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيْهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْـرٍ﴿٤﴾ سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Maksudnya: “Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin TuhanNya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.”

(Surah al-Qadr: 4-5)

 

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ

Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW berusaha bersungguh-sungguh (beribadah) pada sepuluh akhir (Ramadan) melebihi kesungguhannya pada bulan-bulan yang lain”

Riwayat Ahmad

Para ulama berpendapat, sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam Qadar yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. Hal ini, berdasarkan nas yang terdahulu. Antara kelebihan malam ini ialah:

Dikatakan lebih baik daripada seribu bulan. Imam al-Qurtubi berkata: “Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar. Hal ini, disokong oleh Abu al-‘Aliyah.

Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut. Imam Qurtubi berkata: “Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.

Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan.

Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar. Al-Dahhaq berkata: “Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan. Sedangkan Mujahid berpendapat: “Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.” Lihat Tafsir al-Qurtubi 20/133.

Diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadan, Baginda menghidupkan malam tersebut dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya.

Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan yang bermaksud: “Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadan malebihi usahanya daripada malam-malam lain.”

Lailatulqadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil di bulan Ramadan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir bulan Ramadan dalam malam ganjil.”

 

Tanda-tanda utama malam Lailatul Qadar termasuk

suasana malam yang sangat tenang, damai, dan nyaman (tidak terlalu panas atau sejuk). Langit kelihatan cerah, bersih, dan bintang seakan tersembunyi. Keesokan paginya, matahari terbit dengan sinaran yang lembut/redup, tidak menyilaukan mata.

Berikut adalah butiran lanjut tanda-tanda Lailatul Qadar:

Suasana Alam: Angin bertiup lembut, tidak ada hujan lebat atau angin kencang.
Perasaan: Seseorang merasai ketenangan batin, kebahagiaan, dan semangat ibadah yang tinggi.
Waktu: Umumnya berlaku pada malam-malam ganjil dalam 10 malam terakhir Ramadan (21, 23, 25, 27, 29).

Walaupun terdapat tanda-tanda fizikal, hakikat sebenar malam tersebut adalah rahsia Allah SWT dan fokus utama adalah meningkatkan ibadah pada 10 malam terakhir.

DOA MALAM LAILATUL QADAR

 

Tanda Tanda Dan Kelebihan Malam Lailatul Qadar di Bulan Ramadan doa malam lailatul qadar Tanda Tanda Dan Kelebihan Malam Lailatul Qadar di Bulan Ramadan
doa malam lailatul qadar Tanda Tanda Dan Kelebihan Malam Lailatul Qadar di Bulan Ramadan
DOA BULAN RAMADAN

 

 

bacaan zikir sepanjang bulan ramadan ramadhan infak ramadan infaq sedekah ramadan ramadhan zikir

 

Rayuan Infaq Sedekah Wakaf Ilmu Pembangunan Aplikasi Islam Di HatiKu Quran Hadith Dakwah Islam aplikasi dakwah islamic app muslim pro quran app quran app hadith
Rayuan Infaq Sedekah Wakaf Ilmu Pembangunan Aplikasi Islam Di HatiKu Quran Hadith Dakwah Islam aplikasi dakwah islamic app muslim pro quran app quran app hadith INFAQ SEDEKAH RAMADAN INFAQ RAMADHAN INFAQ SEDEKAH RAMADAN INFAQ SEDEKAH RAMADHAN SEDEKAH RAMADAN SEDEKAH RAMADHAN INFAQ MALAM LAILATUL QADAR INFAK MALAM LAILATUL QADAR SEDEKAH MALAM LAILATUL QADAR SEDEKAH MALAM LAILATUL QADAR BULAN RAMADAN

DOA 10 HARI TERAKHIR BULAN RAMADAN

DOA 10 HARI TERAKHIR BULAN RAMADHAN

DOA Malam Lailatul Qadar
Kelebihan Malam Lailatul Qadar di Bulan Ramadan

Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar di Bulan Ramadan

Malam Lailatul Qadar
10 MALAM AKHIR RAMADAN
AKHIR RAMADAN
AMALAN MALAM Malam Lailatul Qadar
INFAQ RAMADAN

INFAQ RAMADHAN

SEDEKAH RAMADAN

SEDEKAH RAMADHAN
DOA MUSTAJAB BULAN RAMADAN

DOA MUSTAJAB BULAN RAMADHAN

 

 

0:00
0:00
Scroll to Top