Sedekah Subuh dan Solat Sunat Dhuha 2 Amalan Pembuka Pintu Rezeki Berganda Dari Allah S.W.T Untuk Umat Islam Amalkan Setiap Hari

SEDEKAH SUBUH - SEDEKAH SUBUH ONLINE - APP SEDEKAH SUBUH - NGO SEDEKAH SUBUH - AMALAN HARIAN - DOA SEDEKAH SUBUH

Tahukah anda..Sedekah Subuh dan Solat Sunat Dhuha adalah 2 Amalan Pembuka Pintu Rezeki & Pahala Berganda Dari Allah S.W.T

SEDEKAH SUBUH

Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda “Ya Allah, gantikan yang lebih baik bagi orang-orang yang infak di subuh hari.”

Sesiapa yang bersedekah di subuh hari, malaikat akan mendoakan kelapangan rezeki yang memang disangka-sangka.

Subhanallah! Malaikat turut mendoakan kebaikan atas setiap sedekah yyang dilakukan pada waktu subuh.

Tetapi, alangkah ruginya jika kita celik saja mata terus mencapai telefon pintar untuk Kita check media sosial, mesej di media sosial..tetapi tertinggal satu perkara yang teramat penting pada hari tersebut

Marilah ubah amalan rutin permulaan waktu pagi kita bermula hari ini dengan bersedekah hatta RM1 subuh setiap hari. Semoga segala urusan kita dipermudahkan, dimurahkan rezeki dan dilapangkan daripada hutang keliling pinggang dan masa depan yang baik.

Jangan takut untuk memberi kerana tidak akan mengurangkan harta tetapi rezeki terasa lebih daripada cukup untuk dibelanjakan.

Jom jadikan sedekah subuh sebagai permulaan rutin harian kita sekarang.

DI BAWAH ADALAH DOA YANG BOLEH DIBACA DAN DIAMALKAN SETIAP HARI

 

DOA WAKTU PAGI - SEDEKAH SUBUH - SEDEKAH SUBUH ONLINE - APP SEDEKAH SUBUH
DOA WAKTU PAGI – SEDEKAH SUBUH – SEDEKAH SUBUH ONLINE – APP SEDEKAH SUBUH
DOA WAKTU PAGI - SEDEKAH SUBUH - SEDEKAH SUBUH ONLINE - APP SEDEKAH SUBUH
DOA WAKTU PAGI DAN PETANG – SEDEKAH SUBUH – SEDEKAH SUBUH ONLINE – APP SEDEKAH SUBUH

SOLAT SUNAT DHUHA

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

 

Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.

Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.

Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

Jom jadikan sedekah subuh dan Solat Sunat Dhuha norma baru permulaan hari kita yang lebih diberkati Allah s.w.t dna meraih rezeki berganda dari Allah S.W.T dunia dan limpahan pahala di akhirat.

JEMPUT SEDEKAH SUBUH BERSAMA KAMI UNTUK WAKAF BINA MASJID,TAHFIZ QURAN, KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN UMAT ISLAM

 

Wakaf Bina Tahfiz Al-Barakah Masjid Al-Barakah Infaq Sedekah Wakaf Tahfiz - sedekah wakaf infaq infak wakaf bina tahfiz - Wakaf Pembinaan Tahfiz Al-Barakah Masjid Al-Barakah, Malaysia dan Kemboja - Infaq Sedekah - wakaf tahfiz quran - Pertubuhan Amal Kebajikan,Pendidikan Dan Kemajuan Insan Kota Bharu - wakaf bina masjid - wakaf masjid - sedekah masjid - sedekah - infaq - infak - sedekah subuh - surah al-baqarah
Wakaf Bina Tahfiz Al-Barakah Masjid Al-Barakah Infaq Sedekah Wakaf Tahfiz – sedekah wakaf infaq infak wakaf bina tahfiz – Wakaf Pembinaan Tahfiz Al-Barakah Masjid Al-Barakah, Malaysia dan Kemboja – Infaq Sedekah – wakaf tahfiz quran – Pertubuhan Amal Kebajikan,Pendidikan Dan Kemajuan Insan Kota Bharu – wakaf bina masjid – wakaf masjid – sedekah masjid – sedekah – infaq – infak – sedekah subuh – surah al-baqarah

SEDEKAH SUBUH ONLINE KLIK DI SINI

0:00
0:00
Scroll to Top