Ramai orang takut hilang duit harta kekayaaan untuk bersedekah.Mereka malah semakin tamak mengumpul dan menyimpan duit harta tanpa sedikitpun bersedekah.
Syaitan sentiasa hasut untuk manusia tidak mendapat tidak sedekah dan beramal jariah. sepertimanaAllah Ta’ala berfirman:
الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ وَاللَّهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلا وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.(Qs Al-Baqarah 268).
Pahala dari amal kebajikan seperti sedekah dan solat adalah perakra yang wujud tapi tidak nampak pada mata kasar.sepetimana angin,udara yang kita sedut setiap masa.Malah Allah menjanjikan balasan yang tidak terhitung (infiniti) pahala dan balasan untuk mereka yang bersedekah.sepeti ayat quran di bawah:
قُلۡ إِنَّ رَبِّي يَبۡسُطُ ٱلرِّزۡقَ لِمَن يَشَآءُ مِنۡ عِبَادِهِۦ وَيَقۡدِرُ لَهُۥۚ وَمَآ أَنفَقۡتُم مِّن شَيۡءٖ فَهُوَ يُخۡلِفُهُۥۖ وَهُوَ خَيۡرُ ٱلرَّـٰزِقِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki”. (Surah Saba’ – ayat 34:39)
وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ
“Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya” (Surah Saba’ 39).
Sedekah Bantu Sejukkan Kepanasan Kubur:
Telah diriwayatkan daripada Uqbah bin ‘Amir r.a. Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ الصَّدَقَةَ لَتُطْفِئُ عَنْ أَهْلِهَا حَرَّ الْقُبُورِ، وَإِنَّمَا يَسْتَظِلُّ الْمُؤْمِنُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِي ظِلِّ صَدَقَتِهِ
Ertinya: “Sungguhnya sedekah itu akan memadamkan dari ahlinya akan kepanasan kubur. Dan bahawasanya akan berteduh seorang mukmin itu pada hari kiamat di bawah teduhan sedekahnya.” (Hadith Riwayat Al-Baihaqi dan At-Tabarani)
Amalkan sedekah setiap hari walau sedikit…Insyallah ada kebaikannya.