Salahuddin Ayub Meninggal Dunia

Salahuddin Ayub Meninggal Dunia

“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَبَشِّرِ الصَّابِرِيْنَ. الَّذِيْنَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ. أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُوْنَ

Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan: ‘Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.’ Mereka itulah yang mendapat keberkahan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Al-Baqarah: 155-157)

Salam Takziah kepada ahli keluarga allahyarham, diringi dengan bacaan Al-Fatihah dari Pertubuhan Amal Kebajikan,Pendidikan Dan Kemajuan Insan Kota Bharu.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

“Ya Allah, ampuni dan rahmatilah dia. Selamatkanlah dan maafkanlah dia. Berikan kehormatan untuknya, luaskanlah tempat masuknya. Mandikanlah dia dengan air yang jernih lagi sejuk. Bersihkanlah dia dari kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju yang putih dari kotoran.

Gantikanlah baginya rumah yang lebih dari rumahnya, pasangan yang lebih baik dari pasangannya (di dunia). Masukkanlah dia ke dalam syurga, lindungilah dari azab kubur dan azab neraka.” (Hadis Riwayat Muslim)

BERITA:
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,Salahuddin Ayub disahkan meninggal dunia pada jam 9.23 malam  23 Julai 2023

Ahli parlimen Pulai itu telah dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada Jumaat, 21 Julai 2023 dan doktor mengesan dia mengalami pendarahan otak.

Allahyarham telah menjalani pembedahan kecemasan dan sejak itu diletakkan bawah pemantauan Unit Rawatan Rapi (ICU).

Salahuddin meninggalkan seorang balu Fatimah Taha dan enam orang cahaya mata.

Dalam perkembangan berkaitan, setiausaha akhbar kepada menteri KPDN, Syakirin Husnal memberitahu jenazah allahyarham sedang diuruskan untuk dihantar pulang ke rumah ibunya di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai di Johor.

“Pihak keluarga Allahyarham ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak atas doa dan ingatan yang diberikan terhadap Allahyarham selama ini.

“Keluarga Allahyarham juga ingin berterima kasih kepada semua doktor dan petugas di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

“Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang beriman,” katanya pada satu kenyataan.

Salahuddin merupakan ahli parlimen Pulai selama tiga penggal dan dua kali berkhidmat sebagai ahli parlimen Kubang Kerian.

Sumber: Awani

Salahuddin Ayub Meninggal Dunia

Ahli parlimen pulai meninggal dunia

 

0:00
0:00
Scroll to Top