Profil Pertubuhan Amal Kebajikan,Pendidikan Dan Kemajuan Insan Kota Bharu

Pertubuhan Amal Kebajikan,Pendidikan Dan Kemajuan Insan Kota Bharu

LATAR BELAKANG PERTUBUHAN

Pertubuhan Amal Kebajikan,Pendidikan Dan Kemajuan Insan Kota Bharu adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 6 Oktober 2021 serta sah berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri dengan Nombor pendaftaran PPM-007-03-06102021.

Pertubuhan Amal Kebajikan,Pendidikan Dan Kemajuan Insan Kota Bharu aktif menjalankan pelbagai program dan aktiviti yang mengfokuskan kepada kebajikan masyarakat,pembangunan pendidikan serta Kemajuan sumber manusia bukan hanya di sekitar Jajahan Kota Bharu,Kelantan,malah seluruh negeri Kelantan ,semua negeri-negeri di Malaysia serta melangkaui sempadan ke negara jiran.

Kami sedaya upaya menjaga kebajikan golongan asnaf,orang miskin,anak yatim,wanita, ibu tunggal, pelajar miskin,warga tua,belia serta mereka yang memerlukan bantuan / sokongan.

VISI PERTUBUHAN

Menjadi antara ngo utama di Malaysia dalam hal ehwal kebajikan, pendidikan, sosio-ekonomi masyarakat dan pembangunan sumber manusia

MISI PERTUBUHAN

Merealisasikan agenda kebajikan,pendidikan dan kemajuan insan (sumber manusia)

OBJEKTIF PERTUBUHAN

  1. Melaksanakan program dan aktiviti yang mensasarkann kebajikan ahli dan masyarakat.
  2. Menjalankan program dan aktiviti yang menyumbang kepada pembangunan
    modal insan / sumber manusiad an sosio ekonomi masyarakat melalui Pendidikan & Latihan Pembangunan Kemahiran (skills development).
  3. Menjalankan program dan aktiviti yang fokus kepada pembangunan ekonomi dan social ahli dan masyarakat.
SALURAN KOMUNIKASI KAMI
Email : amalkebajikankb@gmail.com
Whatsapp : +60165326086 (Kami hanya terima mesej di whatsapp sahaja)
0:00
0:00
Scroll to Top