Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadan / Ramadhan
NIAT merupakan salah satu rukun dalam ibadat ini dan hukum berniat pada bulan Ramadhan adalah wajib. Tanpa niat seseorang itu tidak dianggap berpuasa, walaupun dia menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan, seperti makan dan minum.
Bilakah niat itu patut dilakukan? Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, iaitu masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq. Oleh itu, bolehlah dilakukan berniat pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, hatta ketika sedang menunaikan sembahyang fardhu Maghrib
Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadan / Ramadhan
Berpuasa di Bulan Ramadan adalah salah satu Rukun Islam dan orang yang beriman diwajibkan mengerjakan tuntutan ini. Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan:
– Islam.
– Baligh (cukup umur)
– Berakal/waras.
– Mampu/Sihat/Tidak uzur.
– Bermukim/ Tinggal Tetap di sesebuah tempat (bukan musafir)
– Suci (daripada haid & nifas)
Bulan ini dipilih sebagai bulan untuk berpuasa dan pada bulan ini juga al-Qur’an diturunkan. Selain itu,terdapat di bulan Ramadan ini juga Lailatul Qadar iaitu malam yang penuh kemuliaan dan keberkatan di mana suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Kehadiran bulan suci Ramadan merupakan satu hadiah yang sangat indah buat kita, kerana padanya terdapat banyak kebaikan yang bernilai lebih serta berlipat ganda dan pintu-pintu syurga dibuka.
Dan yang istimewanya terdapat padanya amalan-amalan yang tidak terdapat pada bulan lainnya seperti solat tarawih dan sebagainya. Ibadah Puasa Di Bulan Ramadan Dari segi bahasa, ianya adalah bermaksud “menahan diri daripada melakukan sesuatu” samada perbuatan, kata-kata ataupun makanan.
Dari segi syarak pula, ianya bermaksud menahan diripada dari perkara-perkara yang membatalkan puasa, dari terbit fajar sehingga terbenam matahari, dengan disertai niat.