Amalan Kekal Selepas Kematian – Infaq Sedekah Wakaf
Maksudnya:
Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.
Sejuk kubur orang yang suka sedekah
Bermula sedekah adalah antara amalan yang sangat dikasih oleh Allah Taala dan dijanjikan dengan pelbagai kelebihan dan ganjaran sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
Di antara janji Allah bagi orang yang suka bersedekah dan membelanjakan hartanya itu ialah melindunginya dari kepanasan kubur dan sedekah itu akan meneduhkannya di hari akhirat.
Telah diriwayatkan daripada Uqbah bin ‘Amir r.a. Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ الصَّدَقَةَ لَتُطْفِئُ عَنْ أَهْلِهَا حَرَّ الْقُبُورِ، وَإِنَّمَا يَسْتَظِلُّ الْمُؤْمِنُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِي ظِلِّ صَدَقَتِهِ
Ertinya: “Sungguhnya sedekah itu akan memadamkan dari ahlinya akan kepanasan kubur. Dan bahawasanya akan berteduh seorang mukmin itu pada hari kiamat di bawah teduhan sedekahnya.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi dan At-Tabarani)
Berkata Imam As-Son’ani:
إن الصدقة لتطفئ عن أهلها حر القبور من عذابها أو حرها نفسها لما فيها من الضيق والانسداد
Ertinya: “Bahawasanya sedekah itu memadamkan dari ahlinya kepanasan kubur iaitu dari azab kubur atau dari panasnya kubur itu sendiri kerana di dalam kubur itu sangat sempit dan sesak.” (Kitab At-Tanwir)
Sedekah paling afdhal
Bermula sedekah yang paling afdhal ialah sedekahkan barang yang kita paling kasih.
Firman Allah Taala:
لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّى تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ
Ertinya: “Tidak akan mencapai kebajikan sehingga kamu sekelian membelanjakan dari harta yang kamu sekelian kasih. Maka apa jua yang kamu sekelian belanjakan maka sungguhnya Allah sangat mengetahui dengannya.” (Ali-Imran: 92)
Imam Jalaludin As Suyuthi menyebutkan begitu banyaknya faedah bersedekah:
1. Sedekah adalah salah satu pintu dari pintu-pintu surga.
2. Sedekah adalah sebaik-baik amal shalih.
3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari adzab neraka.
4. Sedekah dapat memadamkan kemurkaan Allah dan panasnya kubur.
5. Sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kuburan dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (karena bersedekah).
6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan. (Baca: Sedekah Dibalas 1000 Kali Lipat)
7. Sedekah adalah puncak kegembiraan si pemberi dan puncak wajahnya bercahaya di hari kiamat.
8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari kiamat.
9. Sedekah menjadi puncak keampunan terhadap dosa dan penghapusan dari kejahatan.
10. Sedekah adalah pembawa berita gembira tentang akhir yang baik dan puncak doa malaikat buatnya.
11. Orang yang bersedekah adalah orang yang terbaik di kalangan manusia.
12. Pahala sedekah juga berlaku untuk semua yang terlibat mendukung, bukan hanya untuk si pemberi.
13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar.
14. Orang yang suka berinfaq adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa.
15. Dan sedekah menjadi puncak lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.
16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati.
17. Sedekah membuat doa mustajab dan menjadi wasilah solusi segala kesulitan.
18. Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.
19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi puncak rezeki dan kemenangan.
20. Sedekah menjadi obat, penawar dan penyembuh.
21. Sedekah menghalangi kebakaran, tenggelam akibat banjir dan pencurian.
22. Orang yang bersedekah mendapatkan pahala meskipun sedekahnya salah alamat, bahkan diberikan kepada hewan ternak sekalipun.
Begitu banyaknya keutamaan dan faedah zakat, wajar mengapa orang mati ingin hidup lagi untuk bersedekah.
Maka selagi masih hidup, marialh kita bersedekah infaq berwakaf dan bayar zakat dan perbanyak sedekah. Agar jangan sampai menyesal di akhir hayat. Semoga Allah menerima amal kita dan mengkaruniai keutamaan serta faedah sedekah tersebut