Sedekah merupakan satu bentuk amalan berkongsi rezeki dengan orang lain. Salah satu amalan istimewa yang digalakkan oleh Allah SWT untuk meraih keuntungan berganda pada bulan Ramadan adalah melalui sedekah. Justeru, Islam amat menggalakkan umatnya untuk banyak bersedekah dan membantu orang yang susah dan golongan asnaf. Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 267 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan untukmu.”
Kehadiran Ramadan yang mulia saban tahun adalah satu anugerah yang sangat agung buat orang yang beriman. Betapa banyaknya keistimewaan yang disediakan pada bulan ini. Pahala dicurahkan, keampunan dan rahmat Allah SWT dibentangkan memenuhi setiap ruang dan waktu sepanjang berpuasa. Seseorang yang berasa bahawa amalannya tidak cukup pada hari biasa, perlu berusaha bersungguh-sungguh mencari ganjaran pahala yang melimpah ruah dengan kedatangan bulan Ramadan terutama melalui sedekah.
Allah SWT benar-benar memuliakan orang yang bersedekah. Ia menjanjikan balasan yang menakjubkan bagi orang yang gemar bersedekah hingga 700 kali ganda jika di luar Ramadan. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261). Ini menunjukkan jika ia dilakukan dalam bulan Ramadan sudah tentu ganjaran berlipat ganda daripada apa yang dijanjikan Allah SWT dalam bulan biasa.
Antara kelebihan bersedekah:
1. Sedekah dapat menghapus dosa. Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Hadis Riwayat at- Tirmidzi). Dosanya diampunkan oleh Allah SWT dengan asbab bersedekah yang disertai dengan taubat yang bersungguh-sungguh atas dosa yang dilakukan. Bukan bermakna mereka berdosa seperti mengambil rasuah, penyelewengan, pecah amanah, memakan riba, mencuri dan mengambil harta anak yatim, tetapi hendak menyucikan harta yang haram itu dengan bersedekah. Itu amat ditegah oleh SWT sepertimana firman-Nya: “Maka apakah mereka berasa aman daripada azab Allah? Tiada yang merasa aman dan azab Allah kecuali orang-orang yang rugi.” (Surah al A’raf ayat 99)
2. Orang yang bersedekah akan mendapat naungan pada Hari Akhirat. Rasulullah SAW menjelaskan tentang tujuh golongan manusia yang mendapat naungan pada hari yang tiada naungan selain daripada Allah SWT. Salah satu golongan tersebut ialah seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
3. Sedekah memberikan keberkatan pada harta. Rasulullah SAW bersabda: “Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (Hadis Riwayat Muslim). Apakah yang dimaksudkan hartanya tidak akan berkurang? Al-Imam An- Nawawi dalam kitab karangannya menjelaskan: “Para ulama menyebutkan bahawa yang dimaksudkan ialah hartanya diberkati dan dihindari daripada bahaya. Ia juga membawa maksud walaupun hartanya secara zahir kelihatan berkurangan tetapi ia ditampung dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda banyaknya.”
4. Allah melipatgandakan pahala orang yang bersedekah. Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya orang yang bersedekah, sama ada lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjaranNya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Surah Al Hadid ayat 18)
5.Terdapat pintu syurga yang hanya dapat dimasuki oleh orang yang bersedekah.
“Orang memberikan harta di jalan Allah, maka ia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu syurga: “Wahai hamba Allah, marilah menuju kenikmatan”. Jika ia berasal daripada golongan orang yang suka menunaikan solat, ia akan dipanggil dari pintu solat, manakala yang berasal daripada golongan yang berjihad, akan dipanggil dari pintu jihad dan jika ia berasal daripada golongan yang gemar bersedekah, maka akan dipanggil dari pintu sedekah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
6. Sedekah akan menjadi bukti keimanan seseorang. Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah ialah bukti.” (Hadis Riwayat Muslim). An Nawawi menjelaskan bahawa ia bukti kebenaran imannya. Sedekah dinamakan demikian kerana merupakan bukti daripada kebenaran imannya atau dalam bahasa Arab disebut sebagai sidqu imanihi“.
7. Orang yang bersedekah merasakan dada yang lapang dan hati yang bahagia. Rasulullah SAW memberikan perumpamaan tentang orang yang dermawan dengan orang yang kedekut: “Perumpamaan orang yang kedekut dan bakhil dengan orang yang bersedekah seperti dua orang yang mempunyai baju besi, Orang yang bersedekah, disebabkan sedekahnya ia merasa bajunya lapang dan longgar di kulitnya. Sampai hujung jarinya tidak kelihatan dan baju besinya tidak meninggalkan kesan pada kulitnya. Sedangkan orang yang bakhil, ia merasakan setiap balutan baju besinya ketat mencengkam di kulitnya. Ia berusaha untuk melonggarkannya namun ia tidak dapat melakukannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
8. Pahala sedekah terus berkembang. Pahala sedekah walaupun hanya sedikit akan terus berkembang pahalanya hingga menjadi besar. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang daripada kamu, sebagaimana kalian mengembangkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji, dapat berkembang hingga sebesar gunung Uhud.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
Dalam banyak hadis menyatakan bahawa kedermawanan Rasulullah SAW dikatakan melebihi angin yang berhembus terutama ketika Ramadan. Rasulullah SAW sangat ringan dan cepat dalam memberikan bantuan tanpa banyak berfikir. Kedermawanan baginda memiliki nilai manfaat yang besar dalam sedekah dan bantuan baginda.
Ringkasnya, walaupun tidak terdapat gandaan pahala 70 kali ganda ibadah wajib di luar bulan Ramadan, tetapi janji Allah SWT terhadap ganjarannya tetap banyak hingga 700 kali ganda. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW: “Sesungguhnya Allah mencatat setiap amal kebaikan dan amal keburukan.” Kemudian Rasulullah menjelaskan: “Orang yang berniat melakukan kebaikan, namun tidak mengamalkannya, Allah mencatat baginya satu pahala kebaikan sempurna. Orang yang berniat melakukan kebaikan, lalu mengamalkannya, Allah mencatat pahala baginya 10 sampai 700 kali ganda banyaknya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Jelas bahawa Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Ketahuilah bahawa kedermawanan adalah salah satu sifat Allah SWT, sebagaimana hadis Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Memberi, Allah mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia dan membenci perbuatan yang buruk.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi)
Rasulullah SAW bersabda lagi: “Dunia itu adalah untuk empat golongan hamba: antaranya hamba yang diberikan rezeki oleh Allah SWT serta kefahaman terhadap ilmu agama. Dia bertakwa kepada Allah SWT dalam menggunakan hartanya dan digunakan untuk menyambung silaturahim. Dan ia menyedari hak Allah yang ada pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan”.
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)
Huraian Hadith:
Pengajaran Hadith:
i) Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.
ii) Konsep “memberi” (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.
iii) Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.
Allah memuliakan orang yang bersedekah sehingga Nabi SAW telah bersabda hadis ini:
ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا
Maksudnya: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.”
Riwayat Muslim
Walaupun secara literalnya apabila anda bersedekah anda mengeluarkan duit, tetapi peracayalah insya-Allah Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih berharga.
Pulangan rezeki yang tak terjangka.
Asalkan anda luaskan pandangan anda kepada konsep rezeki, setiap apa yang dapat akan kelihatan seperti rahmat daripada bersedekah.
Kenalan yang baik, kesihatan dan rezeki lain. Kita cuma perlu percaya kepada janji Allah.
Ramai di kalangan umat kini masih keliru tentang amalan sedekah, mereka menganggapnya sesuatu yang hanya dikerjakan bila ada kemampuan sahaja. Malahan ada juga golongan yang mengingkarinya dan menegah dirinya dari bersedekah kerana merasakan dirinya tidak dituntut ke atas amalan tersebut. Atau juga kerana melihat sudah ada orang lain yang melakukan dan dirinya tidak lagi perlu memberi. Di sini ingin dikongsikan beberapa pilihan ayat suci Al-Quran dan sabda mulia Rasulullah SAW berkaitan sedekah, manfaat buat pelakunya serta mudarat buat yang mengabaikannya.
Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.”
– Surah Al-Baqarah, ayat 254.
Dapat difahamkan dari ayat ini seruan sedekah bukanlah hanya kepada suatu golongan yang khusus, seruan tersebut adalah kepada umum orang-orang yang beriman. Sedekah merupakan tanda keimanan, juga tanda kemanusiaan. Sifat dermawan dianggap mulia dalam masyarakat, dan juga di sisi Allah SWT.
Sifat lawan kepada dermawan adalah kedekut, juga disebutkan bakhil. Golongan ini sebenarnya menghalang dirinya dari suatu kebaikan yang agung, dan membawa diri kepada kehancuran. Sepertimana pemberi sedekah dijanjikan balasan yang baik di dunia dan akhirat, golongan yang bakhil juga dijanjikan dengan balasan buruk di dunia dan akhirat.
Firman Allah SWT:
“Bandingan (sedekah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”
– Surah Al-Baqarah, ayat 261.
Demikian merupakan janji Allah SWT kepada pemberi sedekah, gandaan sehingga 700 kali. Andai dhitungkan; contohnya (1 ringgit x 7 x 100 = 700) Cukuplah penjelasan ini buat mereka yang sentiasa bergegas menuntut ganjaran di sisi Allah SWT.
Firman Allah SWT:
“Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.”
– Surah al-Baqarah, ayat 274.
Allah SWT bersifat Maha Kaya dan Maha Mengetahui, oleh itu Dia juga Maha (mampu) Membalas setiap apa yang kita kerjakan sama ada secara rahsia atau terbuka, sekecil mana dan sebanyak mana pun. Mereka yang membelanjakan harta di jalan kebaikan akan mendapatkan pelepasan dari apa kesempitan yang mereka lalui dan dilapangkan dada dalam kehidupan ini. Sebaliknya pula, mereka yang menahan harta dari sedekah, akan disempitkan dada sehingga kehidupannya tiada merasa aman dan tiada merasakan kepuasan sehingga akhirnya akan menderita.
Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia. ”
Surah al-Hadid, ayat 18.
Pinjaman di sini, hendaknya difahamkan bukan seperti yang kita umumnya faham kerana asalnya harta kita dari Allah Yang Maha Kaya jua maka bukanlah pinjaman itu kerana perlunya Allah SWT kepada harta kita itu. Yang diinginkan di dalam ayat ini adalah ‘melabur’ sesuatu di sisi Allah SWT dan akan dikembalikan semula kepada kita pada Hari Kiamat kelak beserta ganjaran yang sudah dilipatgandakan.
Firman Allah SWT:
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku — ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.”
Surah al-Munafiquun, ayat 10.
Setelah difahami besarnya ganjaran buat mereka yang bersedekah, maka mereka yang mengabaikannya akan merasakan penyesalan yang mendalam apabila melihat nasib yang menanti mereka sesudah kematian. Mereka akan meronta-ronta meminta supaya dikembalikan ke dunia agar dapat melepaskan seluruh harta sebagai sedekah bagi melepaskan diri dari seksaan setelah kematian. Hanyasanya penyesalan mereka pada waktu itu sudah terlewat. Maka beringatlah sentiasa selama nyawa dikandung badan.
Setiap firman Allah SWT di dalam Al-Quran akan diperjelaskan, ditegaskan dan digalakkan lagi oleh Rasulullah SAW. Maka sama sekali tiada ditemui percanggahan antara Al-Quran dan Hadis. Ingin dikongsikan pula beberapa pilihan dari sabda Baginda SAW.
Daripada Sayyidina Abu Hurairah RA bahawa Baginda SAW bersabda:
“Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdoa “Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan (hartanya)”.
– Hadis riwayat Al-Bukhari
Didapati bahawa Baginda Rasulullah SAW menyedari keadaan umatnya yang mungkin berasa keberatan untuk bersedekah kerana risau akan habis hartanya. Maka baginda menceritakan tentang malaikat yang mendoakan semoga diberikan ganti buat pemberi sedekah. Mendapat doa malaikat adalah suatu kemuliaan kerana malaikat adalah makhluk Allah SWT yang suci dari dosa maka doa mereka makbul di sisi Allah SWT. Gantian dari Allah SWT pula bukan kecil kerana sesuai sifatNya yang Maha Tinggi, pemberiannya pasti lebih bernilai.
Baginda Rasulullah SAW juga menceritakan tentang malaikat yang melaknat golongan yang menahan hartanya dari sedekah. Bukanlah ertinya bahawa malaikat itu makhluk yang buruk sifat, melaknat dan mencela. Tetapi kerana kesetiaan para malaikat itu kepada Allah SWT dan sentiasa mereka itu ingin melihat hamba-hamba Allah SWT berada dalam hal diredhaiNya dan jauh dari kemarahanNya. Jadi marahnya malikat itu sejajar dengan kemarahan Allah SWT ke atas hambanya.
Daripada Sayyidina Abu Hurairah RA bahawa Baginda SAW bersabda dalam sebuah hadis yang panjang,
“Sesungguhnya orang yang pertama kali diadili pada Hari Kiamat ialah seorang laki-laki yang mati syahid. Ia dihadapkan, lalu Allah SWT mengingatkannya pada berbagai nikmat yang telah Allah berikan kepadanya, dan ia pun mengakuinya.
Lantas Allah bertanya, “Apa yang telah engkau perbuat dengan berbagai nikmat itu?” Ia menjawab, “Saya telah berperang demi-Mu sehingga saya mati syahid.” Allah SWT berfirman, “Kamu berdusta! Kamu berperang agar namamu disebut-sebut sebagai orang yang pemberani. Dan ternyata kamu telah disebut-sebut demikian.” Kemudian orang tersebut diperintahkan agar diseret pada wajahnya hingga dilemparkan ke dalam neraka.
Selanjutnya adalah orang yang mempelajari ilmu, mengajarkannya, dan membaca Al-Quran. Ia dihadapkan, lalu Allah SWT mengingatkannya pada berbagai nikmat yang telah Allah berikan kepadanya, dan ia pun mengakuinya. Lantas Allah SWT bertanya, “Apa yang telah engkau perbuat berbagai nikmat itu?” Ia menjawab, “Saya telah mempelajari ilmu, mengajarkannya, dan membaca Al-Quran demi-Mu.” Allah SWT berfirman, “Kamu berdusta! Akan tetapi kamu belajar agar kamu disebut-sebut sebagai orang alim dan kamu membaca Al-Quran agar kamu disebut-sebut sebagai seorang qari, dan kenyataannya kamu telah disebut-sebut demikian.” Kemudian orang tersebut diperintahkan agar diseret pada wajahnya hingga dilemparkan ke dalam neraka.”
“Kemudian seorang yang diberi kekayaan harta benda, lantas ia dihadapkan, lalu Allah mengingatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatan Allah SWT pada dirinya. Ia pun mengakuinya. Lantas bertanya, “Apa yang telah engkau perbuat dengan berbagai nikmat itu?”
Ia menjawab, Saya tidak pernah menyia-nyiakan kesempatan yang Engkau berikan melainkan pasti saya berinfak padanya demi-Mu. Allah berfirman, “Kamu bohong! Akan tetapi kamu melakukan hal tersebut agar kamu disebut-sebut sebagai orang yang dermawan. Dan kenyataan kamu telah disebut-sebut demikian.” Kemudian orang tersebut diperintahkan agar diseret pada wajahnya hingga dilemparkan ke dalam neraka.”
Hadis ini mengisyaratkan kepada kita bahawa setiap amal kebaikan mesti disertakan dengan keikhlasan sepenuhnya kepada Allah SWT tanpa dicemari dengan syirik. Ertinya bahawa bukanlah perbuatan itu mengharapakan balasan dari selain Allah SWT.
Ini bukanlah cuma kata-kata biasa untuk menggalakkan anda bersedekah. Tetapi umat Islam memang digalakkan untuk menjadi dermawan.
Agama Islam adalah sebuah agama yang berempati. Hanya dengan bersedekah, kita dapat sama-sama memahami susah payah orang yang sedang menghadapinya.
Anda ingin tahu kelebihan bersedekah yang lain?
Lihat pada hadis dan potongan ayat al-Quran di bawah
Tidak Berkurang Harta Kerana Bersedekah (HR Muslim 2588)
Kelebihan Bersedekah
Allah memuliakan orang yang bersedekah sehingga Nabi SAW telah bersabda hadis ini:
ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا
Maksudnya: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” Hadith Riwayat Muslim
Walaupun secara literalnya apabila anda bersedekah anda mengeluarkan duit, tetapi peracayalah insya-Allah Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih berharga.
Pulangan rezeki yang tak terjangka.
Asalkan anda luaskan pandangan anda kepada konsep rezeki, setiap apa yang dapat akan kelihatan seperti rahmat daripada bersedekah.
Kenalan yang baik, kesihatan dan rezeki lain. Kita cuma perlu percaya kepada janji Allah.
Pahala Berlipat Ganda Dengan Bersedekah (Surah al-Baqarah, 261)
Kelebihan Bersedekah
Tidak asing lagi amalan bersedekah memang sinonim dengan muslim dan muslimat.
Malah dengan amalan seperti memberi makan, sedekah pada hari-hari tertentu, jelas masyarakat Islam memang pemurah.
Kemurahan hati ini tidak dipulangkan dengan pahala biasa malah Allah SWT telah menjanjikan pahala yang berlipat ganda kerana bersedekah.
Dari surah al-Baqarah, yang membawa maksud:
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Surah al-Baqarah: 261
Sedekah Bukti Keimanan Kepada Allah SWT (HR Muslim, 223)
Kelebihan Bersedekah
Harta adalah salah satu material yang dicintai manusia.
Tidak hairanlah apabila seseorang itu bersedekah, ia adalah bukti keimanan kepada Allah. Cinta kepada Allah melebihi sayang kepada harta.
Malah dalam surah Ali Imran ayat 92 yang bermaksud;
“Kalian tidak akan mendapatkan kebaikan, sampai kalian infakkan apa yang kalian cintai.”
Ini sahaja cukup menunjukkan Allah sayang kepada hambanya yang bersedekah. Malah akan dijanjikan kebaikan setelah bersedekah.
Dengan bersedekah, Dosa Terhapus (HR At-Tirmidzi, 614)
Kelebihan Bersedekah
Mukmin yang sejati sememangnya adalah dermawan.
والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”
Hadis Riwayat At-Tirmidzi, 614
Sebagaimana hadis ini, amalan yang boleh menghapuskan dosa adalah bersedekah. Tidaklah sedekah itu menjadi sia-sia kerana akan dihapuskan dosa-dosa dilakukan Muslim dan muslimat.
Pintu Syurga Khas Untuk Yang Bersedekah (Bab As-Sadaqah) (HR Bukhari, 1764)
Kelebihan Bersedekah
Tahukah anda di syurga terdapat sebuah pintu istimewa untuk golongan yang bersedekah ini?
Sesungguhnya terlalu banyak kelebihan bersedekah yang boleh dijadikan dorongan untuk memberi lagi dan lagi. Malah dalam hadis ini, ada disebut infak harta sebanyak dua kali di jalan Allah, akan diseru namanya untuk ke pintu syurga khas ini.
Hadis lengkapnya adalah:
“Sesiapa yang berinfak (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga. “Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.” Sesiapa yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat. Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad. Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa. Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah.”
Riwayat Al-Bukhari – 1897 dan Muslim – 1705
Naungan Pada Hari Akhirat (HR Al-Bukhari, 660)
kelebihan bersedekah
Orang yang sering bersedekah akan memperoleh naungan di akhirat.
Orang yang sentiasa membuat kebaikan dengan bersedekah malah akan menyiapkan bekal mereka untuk akhirat dengan pengakhiran yang baik.
Segala kebaikan yang dilakukan pada hari ini akan dikira sebagai pertolongan dan pahala pada hari pembalasan nanti.
Penawar atau Ubat Kepada Penyakit (HR At-Tabrani, 10198)
kelebihan bersedekah
Hadis ini berbunyi:
“Bentengi hartamu dengan zakat, ubati penyakitmu dengan sedekah, dan hadapi ujianmu dengan doa.”
Hadis Riwayat Thabrani
Nikmat manakah yang kita dustakan?
Cuma dengan bersedekah Allah SWT rupa-rupanya akan menolong memberikan kesihatan.
Bersihkanlah harta dengan bersedekah. Insya-Allah harta yang bersih menjadi rezeki berkat untuk diri sendiri, ahli keluarga dan sesiapa yang bermanfaat.
Sedekah Jauhkan Daripada Api Neraka (HR Ahmad)
kelebihan bersedekah
Walaupun dengan bersedekah sedikit, itu sudah cukup untuk membantu dan melindungi diri daripada azab api neraka.
Yang penting sewaktu bersedekah adalah keihklasan hati tanpa riak untuk beramal.
Daripada Aisyah RA, Rasulullah SAW pernah bersabda:
اتقوا النارَ ولو بشقِّ تمرةٍ
Yang bermaksud:“Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma.”
Riwayat Ahmad
Cuma dengan sedikit sumbangan, anda menempah rumah di syurga. Apa yang anda perlu buat kini adalah menjaga hubungan dengan Allah dan terus lakukan kebaikan.
Kelebihan Sedekah




Kelebihan Bersedekah
Kelebihan Bersedekah di Bulan Ramadhan
Kelebihan Sedekah di Bulan Ramadhan
Kelebihan Bersedekah Di Yang Disebut Di Dalam Al-Quran & Hadis
Kelebihan Bersedekah Di Bulan Ramadhan Yang Disebut Di Dalam Al-Quran & Hadis
Kelebihan Sedekah Di Bulan Ramadhan Yang Disebut Di Dalam Al-Quran & Hadis