Kejar Buat Ibadat Sepanjang Bulan Ramadan Untuk Dapatkan Rahmat Allah Dan Pahala Berganda

RAMADAN merupakan bulan untuk kita meningkatkan amal ibadah. Bulan yang dijanjikan dengan pelbagai ganjaran bagi mereka yang sentiasa mencarinya.

Ia boleh diibaratkan seperti sebuah pasar raya yang menyediakan promosi yang hebat untuk dinikmati oleh semua pelanggan yang hadir. Maka akan datanglah manusia berpusu-pusu dari segenap tempat untuk mendapatkannya.

Antara ganjaran yang Allah janjikan di dalam bulan Ramadan ialah keampunan, kerahmatan, dibuka pintu-pintu syurga, dimakbulkan doa dan terdapat satu malam yang mana amalan pada malam itu akan dilipat gandakan seperti ibadah selama 1,000 bulan.

 

PAHALA ialah balasan baik yang dikurniakan Allah kepada hambanya kerana mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Umat Islam seringkali dikaitkan dengan pahala ketika melakukan sesuatu yang baik.

Namun, pahala merupakan rahsia Allah. Kita tidak akan mengetahui berapa bilangan pahala yang kita dapat daripada setiap kebaikan.

Janji Allah dalam menyempurnakan pahala bagi mereka yang tunduk dan patuh pada segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya ada disebutkan di dalam Surah Al-Imran ayat 57

surah al imran ayat 57 PERTUBUHAN AMAL KEBAJIKAN PENDIDIKAN DAN KEMAJUAN INSAN KOTA BHARU - puasa ibadah wakaf infaq sedekah infak infaq ramadan wakaf masjid maahad tahfiz quran

Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.”

 

Bagi sesiapa yang membuat kebajikan, Allah SWT akan menambahkan balasan daripada rahmat-Nya dengan gandaan yang tidak terkira.

Justeru, wajib ke atas kita sebagai umat Islam dan hamba kepada-Nya beriman dan melaksanakan perintah Allah dengan baik bagi mendapatkan keredaan Allah dalam hidup kita.

Terdapat beberapa cara untuk kita ‘booster’ pahala kita dengan melakukan amalan yang baik lebih-lebih lagi kita sedang berada di bulan yang sangat mulia iaitu bulan Ramadan.

Antara amalan tersebut ialah:

1. Solat secara berjemaah

Pahala solat secara berjemaah lebih banyak daripada solat berseorangan. Digalakkan untuk kita solat berjemaah sama ada berjemaah di masjid atau di rumah supaya mendapat pahala yang berganda. Sabda Rasulullah:

Maksudnya: “Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat”. [HR Muslim 650]

2. Perbanyakkan membaca al-Quran & berzikir

Bulan Ramadan juga dikenali sebagai bulan di mana Al Quran diturunkan. Isilah masa kita yang terluang dengan membaca al-Quran kerana ganjaran membaca satu huruf al-Quran juga akan diberikan sepuluh kebaikan.

Disebutkan dalam sebuah hadis baginda Rasulullah:

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “Alif Lam Mim” (di permulaan surah) itu satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” [HR Tirmizi 2910]

Selain itu, zikir juga merupakan amalan yang boleh membersihkan hati dan menyucikan jiwa manusia agar mendekatkan diri kepada pencipta-Nya. Banyakkan berzikir dan mohon ampun kepada Allah lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini.

3. Perbanyakkan solat-solat sunat

Jika sebelum ini kita jarang atau tidak pernah melakukan solat sunat, inilah masanya untuk tingkatkan solat sunat supaya bertambah pahala.

Solat sunat bukanlah solat yang wajib dilakukan, tetapi apabila kita melakukannya akan mendapat pahala sunat.

Ditambah lagi apabila dilakukan di bulan Ramadan, di mana pahala ibadah akan berlipat ganda jika dibandingkan dengan bulan-bulan lain.

Contoh solat sunat yang boleh kita lakukan seperti solat sunat terawih, solat sunat Tahajud, solat hajat dan lain-lain solat sunat yang dituntut agar ibadah kita terutamanya di bulan Ramadan semakin lengkap dan mendapat ganjaran pahala sangat besar.

4. Perbanyakkan Infaq,Sedekah & Wakaf

Islam sangat menuntut umatnya untuk prihatin terhadap kebajikan orang lain tanpa mengira bahawa mereka mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kita ataupun tidak kerana balasan orang yang suka bersedekah ini amat besar pahalanya di sisi Allah.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 274:

Maksudnya: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yag tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki.”

Jemput Infaq & Sedekah bersama Pertubuhan Amal Kebajikan,Pendidikan Dan Kemajuan Insan Kota Bharu *(PPM-007-03-06102021), Klik di sini  WWW.AMALKEBAJIKAN.COM.MY

 

5. Mengukuhkan tali silaturrahim & mendoakan kebaikan orang lain

Sabda Rasulullah: Maksudnya: “Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturrahim.” [HR Bukhari 5986]

Berdasarkan hadis, jelaslah bahawa pertalian silaturrahim ini amat penting. Kuatkan silaturrahim kita dengan saudara yang lain dengan cara menziarahi kaum kerabat kita yang dalam kesusahan dan kesulitan, beri bantuan jika mereka memerlukan dan berdamai jika ada perselisihan antara keduanya.

Selain itu, salah satu terkabulnya doa kita adalah ketika kita mendoakan yang terbaik kepada saudara atau orang lain. Bukan itu sahaja, malah mendoakan orang lain akan mendapat pahala dan malaikat juga mendoakan kita. Sabda Rasulullah:

“Tidak ada seorang hamba yang muslim apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat berkata kepadanya: dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan).” [HR Muslim 2732]

Oleh itu, marilah sama-sama kita meningkatkan pahala kita dengan melakukan amalan-amalan yang dianjurkan serta beribadah dengan seikhlas hati agar ibadah yang kita lakukan diterima oleh Allah.

#PAHALARAMADAN

#IBADAHRAMADAN

#INFAQRAMADAN

#MALAMLAILATULQADAR

0:00
0:00
Scroll to Top