
PULAU PINANG, 5 Jun 2023 : Seorang bayi lelaki berusia 9 hari memerlukan kira-kira RM70,000 bagi menampung kos pembedahan dan rawatan penyakit jantung berlubang, saluran jantung sempit dan dinding jantung bocor yang dihidapinya.
Aftab Gabriel Raees, dikesan menghidap masalah jantung berlubang, saluran jantung sempit dan dinding jantung bocor selepas mempunyai masalah kesukaran bernafas kira-kira dua hari selepas dia dilahirkan.
Bayi berkenaan kini ditempatkan di wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU) di Hospital Kulim, bagi rawatan lanjut dan pemantauan doktor.
Ibu bayi berkenaan, Raihana Humaira Mohamed Ghaus,35, berkata, dia tidak berdepan sebarang masalah ketika melahirkan anak keempatnya itu pada 28 Mei lalu.
Namun katanya, kira-kira dua hari selepas bayinya dilahirkan dia mendapati dada anaknya seperti berombak selain bernafas dengan agak laju.
“Selepas dilahirkan anak saya seperti bayi normal yang lain, dia boleh bernafas dengan baik serta minum susu seperti biasa.
“Tiba-tiba pada hari kedua anak saya mengalami sesak nafas dan paras oksigennya jatuh mendadak, kemudian doktor mengesahkan anak saya mempunyai masalah jantung berlubang, saluran jantung sempit dan dinding jantung bocor,” katanya di sini hari ini.
Raihana Humaira yang bekerja sebagai pembantu perpustakaan desa berkata, doktor memaklumkan bahawa anaknya perlu menjalani pembedahan saluran jantung sempit dan dinding jantung bocor bagi membolehkan dia bernafas dengan sempurna.
“Kos rawatan mungkin sekitar RM70,000, dan kos berkenaan amat tinggi bagi saya dan suami yang bekerja sebagai warden penjara kerana kami turut mempunyai tanggungan keluarga yang lain,” katanya.
Raihana Humaira berkata, sebagai seorang ibu, dia amat sedih melihat keadaan anaknya yang masih kecil namun perlu memakai alat bantuan pernafasan bagi mengurangkan beban pada jantungnya.
“Tiada istilah berpantang dengan sempurna bagi saya kali ini kerana saya perlu berulang-alik dari rumah saya di Nibong Tebal ke Hospital Kulim setiap hari bagi melihat anak saya.
“Sebagai ibu saya hanya mahukan anak saya sembuh dan sihat seperti bayi lain, namun saya bimbang kerana tidak mampu dari segi kewangan,” katanya.
Infaq, Sedekah boleh disalurkan melalui akaun bank Pertubuhan Amal Kebajikan, Pendidikan dan Kemajuan Insan Kota Bharu Bank : Bank Islam Berhad –
Nombor Akaun: 03036010170932
Doa Mohon Kebaikan di dunia & akhirat oleh Allah S.W.T
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“Ya Allah, berikanlah kepada Kami kebaikan di dunia, berikan pula kebaikan di akhirat dan lindungilah Kami dari siksa neraka.” (Surah Al-Baqarah : 201).
Berdoalah, Doamu Sampai ke Langit:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
(Surah Al-Ghafir:60)
Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
Amalan Zikir Harian:
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
Subhanallahi Wa Bihamdihi Subhanallahil Azeem
“Maha Suci Allah dengan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung”
Sedekah itu Penolak Bala Bencana dan Merawat Sakit:
“Bersegeralah bersedekah sebab bala bencana tidak pernah mampu mendahului sedekah. Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah. Ubatilah penyakitmu dengan sedekah. Sedekah itu sesuatu yang ajaib. Sedekah menolak 70 macam bala dan bencana dan yang paling ringan ialah penyakit kusta dan sopak.” (Hadith Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabarani)
Fadhilat Sedekah, infaq dan wakaf dunia dan akhirat:-
– Infaq sedekah membuka pintu rezeki
– Akan Sentiasa Dilindungi Allah Dunia & Akhirat
– Sedekah infak dapat hindari musibah/kesusahan
– Allah Akan Murahkan Rezeki & Harta Tidak Berkurang malah makin melimpah
– Selamat dari Api Neraka & Azab Kubur
– Infaq Sedekah Ubati Penyakit
– Akan Masuk Syurga Melalui Pintu Sedekah
– Manfaat Amal jariah akan mengalir selamanya
– Pahala infaq sedekah & wakaf si anak / ada pertalian darah akan sampai kepada ibu-bapa & keluarga di alam barzakh
Ubati Penyakit & Hindari Keburukan & Bala Dengan Infaq Sedekah
دَاوَوْا مَرْضَاكُمْ بِالصَّدَقَةِ، وَحَصِّنُوْا أَمْوَالَكُمْ بِالزَّكَاةِ فَإِنَّهَا تَدْفَعُ عَنْكُمُ الأَعْرَاضِ وَاْلأَمْرَاضِ
Ertinya: “Sembuhkanlah orang-orang yang sakit di antara kamu dengan bersedekah, dan bentengilah hartamu dengan (mengeluarkan) zakat, kerana sesungguhnya hal itu akan mencegah berbagai keburukan dan penyakit.” – Hadith Nabi S.A.W
Selawat Ke Atas Nabi Junjungan Nabi Muhammad S.A.W
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Sedekah Dapat Menghapuskan Dosa
Daripada Muaz bin Jabal RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
والصدقةُ تُطفِيءُ الخطيئةَ كما تُطفِيءُ الماءُ النارَ
Yang bermaksud: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”
Sahih, Riwayat Al-Tirmizi, 614