INFAQ SEDEKAH SYAWAL
Tarikh : 16/01/2025
Tarikh 1 Syawal Hari Raya Aidilfitri 1445H /2024M jatuh pada Rabu 10 April 2024 setelah membuat cerapan hilal.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Syed Danial Syed Ahmad membuat pengumuman rasmi itu selaku pihak yang diamanahkan oleh Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan Majlis Raja-Raja.
Demi memastikan tarbiah Ramadan kekal sepanjang masa, kita perlu meletakkan kefahaman yang jelas segala amalan yang dilakukan sepanjang Ramadan itu adalah kerana tanggungjawab kita sebagai hamba bukannya kerana bulan atau perayaan tertentu.
Dengan itu, segala rutin yang dilalui sepanjang Ramadan akan terus berlanjutan pada bulan seterusnya.
“Setiap amalan manusia akan diganjarkan kebaikan semisalnya sehingga 700 kali ganda. Allah Azza Wa Jalla berfirman: ‘Kecuali puasa, kerana Puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.’” (Hadith Riwayat Muslim)
Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
“Naungan bagi seorang Mukmin pada hari kiamat adalah sedekahnya.” (Hadith Riwayat At-Tirmidzi)
“Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahala-Nya.” – Surah Al-Muzzammil, ayat 20
Rasulullah saw bersabda :
” فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ فَاسْأَلُوهُ الْفِرْدَوْسَ، فَإِنَّهُ أَوْسَطُ الْجَنَّةِ، وَأَعْلَى الْجَنَّةِ
artinya : “Apabila kamu memohon kepada Allah, maka mohonlah syurga Firdaus, karena ia adalah syurga yang terletak paling tengah dan paling tinggi”. (Hadith Bukhari)
INFAQ BERAS & MAKANAN UMMAH (FOOD BANK) MALAYSIA KEMBOJA
WAKAF PEMBINAAN MASJID AL-BARAKAH ,MALAYSIA KEMBOJA
WAKAF PEMBINAAN TAHFIZ AL-BARAKAH KEMBOJA
INFAQ BERAS UMMAH R BERSAMA ASNAF,ANAK YATIM, IBU TUNGGAL, UMAT ISLAM DI KEMBOJA
Di Saat Ku Menatap Langit
Apa Engkau Juga Menatapnya?
Cubalah Kau Pejamkan Mata
Gerimis Jatuh Bagai Air Mata
Aku Coba Merayu Tuhanku
Berdoa Di Dalam Sujudku
Semoga Berubah Qada’dan Qadarku
Kita juga boleh meneruskan kesinambungan ibadat itu dengan beberapa amalan kebaikan. Antaranya, mengamalkan puasa enam hari dalam bulan Syawal.
Hadis yang diriwayatkan Imam Muslim daripada Abu Ayyub Al-Ansari RA berkata, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan, kemudian dia melanjutkan dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, nilainya sama dengan dia berpuasa selama setahun.”
Walaupun ia amalan sunat namun tidak wajar kita mengambil ringan amalan berkenaan. Sangat rugi jika kita terlepas mengamalkannya pada bulan Syawal ini.
SYURGA diciptakan oleh Allah bagi memberi balasan yang baik kepada hamba-hambaNya yang sentiasa berusaha dalam mencari reda Allah.
Syurga adalah satu tempat yang penuh kesejahteraan, kesenangan, kenikmatan, kebahagiaan serta kemuliaan. Mereka yang masuk ke dalam syurga akan kekal abadi di dalamnya.
Firman Allah di dalam Surah Furqan ayat 16: Mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki, mereka pula kekal di dalamnya. Balasan yang demikian adalah satu janji yang dijamin oleh Tuhanmu, lagi yang dipohonkan dan dituntut (dalam doa masing-masing).
Allah menyediakan nikmat yang sungguh besar bagi mereka yang sentiasa menjaga iman dan mengerjakan amal soleh. Kenikmatan itu bukan sahaja mereka akan dapat di syurga bahkan di dunia lagi mereka akan menikmatinya dengan jiwa yang tenang dalam setiap ujian Allah.
Sabda baginda Rasulullah: Dalam syurga itu ada lapan pintu. – [HR Bukhari 3257].
Solat itu adalah tiang agama.
Lapan pintu itu ialah:
1. Pintu Solat
Ia di sediakan bagi mereka yang sentiasa mengerjakan ibadah solat termasuklah solat fardu dan solat-solat sunat.
2. Pintu Jihad
Ia disediakan kepada mereka yang berjihad di jalan Allah bagi menegakkan kalimah Allah.
3. Pintu Ar-Rayyan
Ia disediakan kepada mereka yang suka berpuasa sama ada puasa wajib dan juga puasa-puasa sunat.
4. Pintu Sedekah
Ia disediakan kepada mereka yang suka bersedekah kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira waktu.
Keempat-empat pintu yang di sebutkan di atas berdasarkan sabda Baginda Rasulullah: Sesiapa yang menginfaqkan sepasang dari hartanya (iaitu berjumlah dua seperti jika ia penternak kambing maka ia menginfaqkan dua ekor kambing) di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga; (lalu dikatakan kepadanya): “Wahai hamba Allah, inilah kebaikan (dari apa yang kamu amalkan).
Maka barang siapa dari kalangan ahli solat dia akan dipanggil dari pintu solat dan barang siapa dari kalangan ahli jihad dia akan dipanggil dari pintu jihad dan barang siapa dari kalangan ahli puasa dia akan dipanggil dari pintu Ar-Rayyan dan barang siapa dari kalangan ahli sedekah dia akan dipanggil dari pintu sedekah”.
Lantas Abu Bakar: “Demi ayah dan ibuku (sebagai tebusan) untukmu wahai Rasulullah, jika seseorang dipanggil diantara pintu-pintu yang ada, iaitu sebuah kepastian, namun apakah mungkin seseorang akan dipanggil dari semua pintu?” Baginda Rasulullah menjawab: “Benar, dan aku berharap kamu termasuk diantara mereka.” – [ HR Bukhari 1764].
5. Pintu Aiman (pintu paling kanan)
Ia disediakan kepada umat islam yang tidak dihisab amalannya.
Mereka yang di sebutkan Allah golongan kanan yang mana golongan kanan kebiasaanya berkat. Jika kita lihat dalam hadis-hadis nabi maka nabi menyukai belah kanan dan akan memulakan belah kanan dahulu. Firman Allah didalam Surah Al-Waqiah ayat 8: Iaitu puak pihak kanan, alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu.
Sabda Rasulullah: Lalu dikatakan, “Wahai Muhammad, masukkanlah dari umatmu orang yang tidak ada hisab bagi mereka ke babul aiman (pintu paling kanan) dari salah satu pintu syurga, mereka bersama dengan manusia pada selain pintu itu.” – [HR Bukhari 4343].
6. Pintu menahan marah dan memaafkan manusia
Ia disediakan kepada mereka yang dapat mengawal kemarahan, emosi dan tidak mengikut hawa nafsu.
Pintu ini juga disediakan kepada mereka yang dapat memaafkan orang lain dengan penuh keikhlasan
Sabda Rasulullah: Sungguh Allah memiliki satu pintu di dalam syurga yang tidak ada orang yang memasukinya kecuali orang yang memaafkan suatu kezaliman. – [HR Ahmad 6908].
7. Pintu orang menyebut La Haula Wala Quata illa Billah
Ia disediakan kepada orang yang selalu mengerjakan ibadah taubat dan sentiasa beristighfar kepada Allah. Sabda Rasulullah: “Mahukah aku tunjukkan kepadamu satu pintu daripada pintu-pintu syurga?” Jawabku:Tentu. Baginda bersabda: “La Haula Wala Quata illa Billah (Tidak ada daya dan upaya kecuali milik Allah).” – [HR Tarmizi 3505].
8. Pintu hormat ibu bapa
Ia disediakan kepada mereka yang sentiasa mengasihani, menghormati dan membantu ibubapa dalam apa jua keadaan mereka.
Sabda Rasulullah: Ibu bapa (orang tua) merupakan pintu tengah syurga, maka jagalah kedua ibubapa kamu atau tinggalkan. [HR Ibn Majah 3653]
Maka seharusnya kita merebut peluang yang ada di Bulan Ramadan untuk sentiasa melayakkan diri untuk masuk ke dalam syurga Allah dengan amal ibadah penuh keikhlasan kepadaNya.
Perkara yang paling kita risau ialah di mana pintu-pintu syurga tidak memanggil nama kita tetapi yang akan memanggil adalah pintu-pintu neraka. Nauzubillah.
CARA DAN SALURAN PEMBAYARAN INFAQ /WAKAF TUNAI
WAKAF,INFAK DAN SEDEKAH SYAWAL INI JUGA BOLEH DISALURKAN TERUS KE AKAUN BANK KAMI
BANK: BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
NOMBOR AKAUN: 03036010170932
NAMA AKAUN: PERTUBUHAN AMAL KEBAJIKAN,PENDIDIKAN DAN KEMAJUAN INSAN KOTA BHARU
No. Telefon /Whatsapp : +60165326086
ATAU KLIK DI SINI