Kami doakan semoga tuan,cik,puan & keluarga yang infaq & wakaf sentiasa di bawah lindungan dan rahmati Allah sentiasa,dimurahkan rezeki,sihat tubuh badan,dipermudahkan urusan dan dimakbulkan doa & hajat oleh Allah s.w.t.
“Ya Allah, berikanlah kepada Kami kebaikan di dunia, berikan pula kebaikan di akhirat dan lindungilah Kami dari siksa neraka.” (Surah Al-Baqarah : 201).
Link infaq sedekah jumaat untuk umat islam singapura >- KLIK DI SINI
INFAQ JUMAAT / INFAK JUMAAT / SEDEKAH JUMAAT
Di Hari Jumaat yang mulia ini, marilah kita INFAQ JUMAAT / SEDEKAH JUMAAT / INFAK JUMAAT Dari serendah RM10 di Jalan Allah.
Ibn Qayyim Al-Jawziyah dalam kitabnya, Zad Al-Maad menyatakan: “Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain. Besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari lain adalah seperti besarnya pahala amalan bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain.”
Maksudnya: “Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal yang baik) untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-RasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.” – Surah Al-Hadid,Ayat 21
Pada hari jumaat penghulu segala hari , Marilah Bersama lipat gandakan pahala infaq sedekah kita untuk kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat dengan rahmat dan keampunan Allah S.W.T
Ke mana infaq dan wakaf tunai JUMAAT anda akan disalurkan:-
INFAQ BERAS UMMAH – INFAQ BERAS UNTUK KELUARGA ASNAF,MISKIN,ANAK YATIM,PELAJAR TAHFIZ DI MALAYSIA,INDONESIA,KEMBOJA
Wakaf Pembinaan Masjid Al-Barakah,Maahad Tahfiz Al-barakah di Malaysia,Indonesia dan Kemboja
Wakaf Bakul Makanan Food Bank Makanan orang miskin dan memerlukan di Malaysia,Indonesia dan Kemboja
Wakaf Bencana & kecemasan – banjir dll.di Malaysia,Indonesia dan Kemboja
wakaf al-quran, buku akademik,pendidikan dan kitab pengajian agama di masjid,maahad tahfiz & surau Al-Barakah
Wakaf Pembinaan Masjid/Surau Ar-Rahman , Surau Al-Waqiah & Surau Al-Kautsar di Kelantan, Pahang, Kedah,Perak,Terengganu,Selangor,Johor, Sabah & Sarawak
Wakaf bil air & letrik di masjid,maahad tahfiz & surau seluruh Malaysia
Wakaf Pembinaan Surau Ar-Rahman, Al-Ikhlas, Al-Waqiah, Al-Kautsar di bawah seliaan kami
Wakaf Ilmu – Bina Perpustakaan & Pusat ICT, Pembangunan Quran Digital dan Program Dakwah Online/Offline
Biaya Kos Sara Hidup Pelajar Miskin di Malaysia,Indonesia dan Kemboja
Wakaf Pembinaan Pusat Pengajian Quran, Kebajikan dan Dakwah di Malaysia,Indonesia dan Kemboja
INFAQ SEDEKAH PINTU PEMBUKA REZEKI DARI ALLAH S.W.T
Allah memuliakan orang yang bersedekah sehingga Nabi SAW telah bersabda hadis ini:
ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا
Maksudnya: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” — Hadith Riwayat Muslim
Sedekah Bantu Sejukkan Kepanasan Kubur
Telah diriwayatkan daripada Uqbah bin ‘Amir r.a. Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ الصَّدَقَةَ لَتُطْفِئُ عَنْ أَهْلِهَا حَرَّ الْقُبُورِ، وَإِنَّمَا يَسْتَظِلُّ الْمُؤْمِنُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِي ظِلِّ صَدَقَتِهِ
Ertinya: “Sungguhnya sedekah itu akan memadamkan dari ahlinya akan kepanasan kubur. Dan bahawasanya akan berteduh seorang mukmin itu pada hari kiamat di bawah teduhan sedekahnya.” (Hadith Riwayat Al-Baihaqi dan At-Tabarani)
WAKAFKAN DAN HADIAHKAN PAHALA WAKAF ATAS NAMA DAN KEPADA ARWAH @ MASIH IBU/AYAH/SUAMI/ISTERI DAN SELURUH AHLI KELUARGA ATAU YANG MASIH HIDUP- WAKAF BINA MASJID DAN MAAHAD AL-BARAKAH /INFAQ BERAS UMMAH /WAKAF QURAN
Anda juga boleh infaq dan wakaf ini atas nama arwah ibu,bapa,suami,isteri dan ahli keluarga yang sudah meninggal dunia atau masih hidup.
Dalam hadis yang lain, dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, bahwa ibunya Sa’d bin Ubadah meninggal dunia, ketika Sa’d tidak ada di rumah. Sa’d berkata,
“Wahai Rasulullah, ibuku meninggal dan ketika itu aku tidak hadir. Apakah dia mendapat aliran pahala jika aku bersedekah harta atas nama beliau?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Ya.”
(HADITH RIWAYAT Bukhari 2756)
Sabda Nabi Muhammad S.A.W :-
إِنَّ أُمِّيَ افْتُلِتَتْ نَفْسَهَا وَلَمْ تُوصِ، وَأَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ، أَفَلَهَا أَجْرٌ، إِنْ تَصَدَّقْتُ عَنْهَا؟ قَالَ: «نَعَمْ تَصَدَّقْ عَنْهَا»
“Ibuku mati mendadak, sementara beliau belum berwasiat. Saya yakin, andaikan beliau sempat berbicara, beliau akan bersedekah. Apakah beliau akan mendapat aliran pahala, jika saya bersedekah atas nama beliau?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Ya. Bersedekahlah atas nama ibumu.”
(Hadith Riwayat Bukhari 1388 dan Muslim 1004)
“Daripada Abdullah bin Abbas r.a bahawa Sa’ad bin Ubadah r.a, ibunya meninggal dunia ketika ia tiada. Lalu dia datang kepada Nabi Muhammad s.a.w dan bertanya, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal sedang saya tidak ada ketika matinya, apakah jika saya bersedekah untuknya bermanfaat baginya”? Rasulullah s.a.w menjawab: “Ya.” Lalu Saad berkata: “Saksikanlah bahawa kebunku yang banyak buahnya aku sedekahkan (dan pahala) untuknya.”(Riwayat Bukhari)
FADHILAT INFAQ, SEDEKAH & WAKAF
– Raih Pahala Berganda
– Infaq makanan iftar – Dapat pahala seperti mana orang berpuasa
– Ubat Kepada Penyakit fizikal & mental
– Pelindung Azab Kubur dan Api Neraka
– Sedekah infaq wakaf dapat sejukkan kubur
– Menghapus Dosa
– Ubat Kepada Penyakit Dialami
– Terlindung dari Mati dalam keadaan buruk
– Menenangkan Jiwa & Fikiran
– Dapat membersihkan harta dari unsur-unsur keburukan
– Sentiasa Dilindungi Allah Dunia & Akhirat
– Allah Murahkan Rezeki & Harta Tidak Berkurang malah makin melimpah
– Masuk Syurga Melalui Pintu Sedekah
“Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”. – Hadith Nabi, Diriwayatkan oleh Abi Huhairah RA
WAKAF,INFAK DAN SEDEKAH BOLEH DISALURKAN TERUS KE AKAUN BANK KAMI
BANK: BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
NOMBOR AKAUN: 03036010170932
NAMA AKAUN: PERTUBUHAN AMAL KEBAJIKAN,PENDIDIKAN DAN KEMAJUAN INSAN KOTA BHARU
Whatsapp : +60165326086
Pertubuhan Amal Kebajikan,Pendidikan Dan Kemajuan Insan Kota Bharu *(PPM-007-03-06102021) adalah sebuah ngo yang sah berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Aktiviti utama kami adalah menjalankan kerja-kerja berkaitan kebajikan masyarakat/ umat islam,pendidikan dan kemajuan insan.
WAKAF PEMBINAAN MASJID AL-BARAKAH BERSAMA MAAHAD TAHFIZ AL-BARAKAH, SAINS & PENGURUSAN,
Modul-modul binaan :-
Masjid
Pusat Pendidikan Islam & Maahad Tahfiz Al-Quran
Pusat Perlindungan Bencana Ummah (Banjir,dll)
Dewan Serba Guna Ummah – Perniagaan/ Muamalat
Pusat Islam & Muamalat
Pusat Media Islam & Dakwah
Pusat Pendidikan, Latihan & Kemajuan Ummah (Tahfiz Al-Quran, Perniagaan, Teknologi & Pengurusan)
Rumah Perlindungan Anak Yatim, O.K.U dan Armalah
Pusat Bantuan Kebajikan Ummah(Pusat Khidmat/ Gudang Simpanan & Agihan Makanan / Barang)
WAKAF PEMBINAAN SURAU AR-RAHMAN @ AL-IKHLAS , KELANTAN,KEDAH,TERENGGANU,JOHOR,SELANGOR,PERAK,SARAWAK,SABAH, INDONESIA DAN KEMBOJA >> 100 BUAH
KAMI AKAN MEMBINA LEBIH 100 BUAH SURAU (LENGKAP DENGAN PERPUSTAKAAN DAN DEWAN ORANG RAMAI) DI KELANTAN,KEDAH,TERENGGANU,JOHOR,SELANGOR,PERAK,SARAWAK DAN SABAH
INFAQ Wakaf masjid,Waqaf Pembinaan Masjid,derma bina masjid,wakaf bina masjid,infaq bina masjid,Waqaf Pembinaan Masjid,Tabung Derma Bina Masjid,WAKAF MASJID,sedekah infaq bina masjid,Wakaf Pembinaan Masjid Al-Barakah, Malaysia,Masjid Al-Barakah,Wakaf Pembinaan Masjid,Pusat Islam dan Pusat Kebajikan Ummah Barakah, Malaysia,Pertubuhan Amal Kebajikan,Pendidikan Dan Kemajuan Insan Kota Bharu
wakaf masjid online – wakaf bina masjid – wakaf masjid 2023– wakaf masjid 2023 – wakaf masjid malaysia – wakaf masjid – tabung wakaf bina masjid – wakaf bina masjid Pertubuhan Amal Kebajikan,Pendidikan Dan Kemajuan Insan Kota Bharu – tabung wakaf bina Pertubuhan Amal Kebajikan,Pendidikan Dan Kemajuan Insan Kota Bharu – Wakaf masjid tv alhijrah – tabung sedekah masjid – infak bina masjid – infaq bina masjid Pertubuhan Amal Kebajikan,Pendidikan Dan Kemajuan Insan Kota Bharu – infaq masjid – infak masjid – sedekah masjid – derma masjid – wakaf dana bina masjid – tabung wakaf dana bina masjid – masjid Masjid Al-Barakah, Malaysia – wakaf lot masjid
Barang Dapur Semakin Mahal..Masih Ramai Rakyat Malaysia Yang Masih Terkesan Ekonominya Oleh Pkp Covid 19 Dua Tahun Lepas.
Jemput Kongsi Rezeki Ramadan Bersama Mereka Yang Kurang Bernasib Baik & Memerlukan Sambil Raih Pahala Ramadan Berlipat Ganda, Kebahagiaan Keberkatan Hidup Dunia Akhirat Serta Keampunan Allah S.W.T.
INFAQ SEDEKAH HARI JUMAAT TAHUN 2023
INFAK SEDEKAH HARI JUMAAT TAHUN 2023
15 Kelebihan Hari Jumaat
Dalam kalendar terdapat 7 hari dalam seminggu. Hari yang amat istimewa bagi kaum Muslimin ialah hari Jumaat. Banyak kelebihan yang ada pada hari Jumaat dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya. 1. Hari Paling Mulia
Hari Jumaat adalah hari yang paling utama dan merupakan penghulu segala hari. Terdapat beberapa peristiwa yang terjadi pada hari Jumaat ini.
Abu Hurairah R.A meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda;
“Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat; pada hari inilah Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini (Adam as) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari inilah juga Baginda dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.” (HR Muslim)
2. Hari Bagi Kaum Muslimin
Hari Jumaat adalah hari berkumpulnya umat Muhammad SAW dalam masjid untuk mengikuti solat dan sebelumnya mendengar dua khutbah jumaat yang mengandungi wasiat bertaqwa dan nasihat-nasihat, serta doa.
Allah SWT berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli; Yang demikian itu lebih baik bagimu Jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”(Surah Al-Jumaah 62: Ayat 9)
3. Penghulu Segala Hari
Hari Jumaat adalah hari yang teramat istimewa kerana islam meletakkan hari Jumaat sebagai ketua dan ganjarannya lebih berbanding dengan hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul Ayyam’ iaitu penghulu segala hari (sebaik-baik hari).”
Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir R.A berkata, Rasululullah SAW berkata, “Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah. Pada hari Jumaat terdapat lima peristiwa; Diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat Adam dimatikan, di hari Jumaat juga terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selagi tidak memohon yang haram, dan di hari Jumaat juga akan berlakunya kiamat. Tidaklah seseorang Malaikat yang dekat di sisi Allah SWT, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat.” (HR. Ahmad)
4. Hari Kebesaran Mingguan
Dalam 7 hari yang ada, hari Jumaat adalah ‘Hari Besar’ yang berulang setiap minggu.
Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah saw bersabda: “Hari ini adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa yang hendak menghadiri solat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.”(HR. Ibnu Majah)
5. Hari Perhimpunan Bagi Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardhukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu diambil manfaatnya untuk mendapatkan ganjaran Allah SWT daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu; Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam, dan Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
6. Hari Ramai Malaikat Turun ke Bumi
Pada hari Jumaat juga, Allah SWT mengutus para malaikat turun ke muka bumi. Di tangan mereka terdapat tinta kalam emas dan kertas-kertas daripada perak, mereka juga berdiri dan menunggu di pintu-pintu masjid bagi mencatat nama-nama mereka yang hadir ke masjid dan mendirikan Solat Jumaat.
Apabila telah sempurna dan selesai Solat Jumaat, mereka kembali ke arasy untuk menyembahkan hasil catatannya kepada Allah SWT dengan berkata:“Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah SWT berfirman: “Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
7. Hari Mustajab Doa
Rasulullah SAW bersabda: “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah SWT sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT memakbulkan doanya atau ia meminta Allah SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan, melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).
Hari Jumaat adalah masa yang mustajab untuk berdoa terutama pada dua waktu terbaik iaitu di antara:
a. Imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai Jumaat.
b. Pada akhir waktu Asar.
Ibnu Qayyim Al-Jauzi mengatakan: “Di antara sekian banyak pendapat ada dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis yang sahih, pertama saat duduknya khatib sampai selesainya solat. Kedua, sesudah Asar, dan ini adalah pendapat yang terkuat dari dua pendapat tadi.” (Zadul Ma’ad Jilid I/389-390).
8. Hari Dihapuskan Dosa
Diampuni dosa-dosanya antara Jumaat tersebut dengan Jumaat sebelumnya. Sabda Rasulullah SAW: “Solat lima waktu (sehari semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)
Salman Al Farisi berkata lagi, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersuci sesuai kemampuan, merapikan rambutnya, memakai minyak wangi, lalu berangkat ke masjid, dan masuk masjid tanpa melangkahi sesiapa, kemudian solat sesuai tuntutan dan diam tatkala imam berkhutbah, nescaya diampuni dosa-dosanya di antara dua Jumaat.” (HR. Bukhari).
9. Hari Lebih Utama Bersedekah
Sedekah pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya.
Ibnu Qayyim berkata: “Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama bersedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.”
10. Hari Meraih Pahala
Orang yang hadir dan menunaikan kewajipannya untuk solat Jumaat akan mendapat pahala untuk setiap langkahnya ke masjid, setara dengan pahala ibadah satu tahun solat dan puasa.
Aus bin Aus berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera berangkat menuju masjid, dan berada di saf hadapan kemudian dia berdiam, maka setiap langkah yang dia ayunkan akan mendapat pahala puasa dan solat selama satu tahun, dan itu adalah hal yang mudah bagi Allah.” (HR. Ahmad dan Ashabus Sunan, Didakwa sahih oleh Ibnu Huzaimah).
11. Hari Hidayah Daripada Allah SWT
Hari Jumaat merupakan keistimewaan dan hidayah yang Allah SWT berikan kepada umat Islam yang tidak diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya.
Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda;
“Kita adalah umat yang terakhir muncul tapi paling awal tiba pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka. Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi صلى الله عليه وسلم menyebut hari Jumaat). Maka hari (Jumaat) ini untuk kita (umat Islam), esok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani.” (HR Muslim r.a.).
12. Meninggal Pada Hari Jumaat Sebagai Tanda ‘Husnul Khatimah’
Meninggal dunia pada malam hari Jumaat atau siangnya adalah penanda ‘Husnul Khatimah’, iaitu dibebaskan dari fitnah (azab) kubur.
Diriwayatkan oleh Ibnu Amru, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Setiap muslim yang mati pada siang hari Jumaat atau malamnya, nescaya Allah akan menyelamatkannya dari fitnah kubur.” (HR. Ahmad dan Tirmizi, undian sahih oleh Al-Bani).
13. Hari Terselamat Dari Seksa Kubur
Orang yang meninggal pada Hari Jumaat, InsyaAllah akan selamat dari fitnah (bencana/seksa) kubur.
Daripada Abdullah bin Amr, sabda Rasulullah SAW: “Tidak seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan oleh Allah SWT daripada fitnah kubur.” (Hadis Riwayat Tarmizi)
14. Hari Berlakunya Kiamat
Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya ‘Kiamat’ (hari pembalasan). Dalam suatu hadis, Rasulullah SAW ada menyebut bahawa:“Pada hari Jumaat juga Kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda : “Hari Yang Dijanjikan ialah Hari kiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
Sabda Rasulullah SAW: “Pada hari itu kiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah Azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)
15. Hari Dapat Melihat Allah SWT Di Syurga
Hari tatkala Allah SWT menampakkan diri kepada hamba-Nya yang beriman di syurga.
Firman Allah SWT;
“Dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka).” (Surah Al-Jumuaah 50; Ayat 35)
Seorang sahabat, Anas bin Malik dalam mengulas ayat 35 di atas : “Dan Kami memiliki pertambahannya’; Beliau mengatakan; “Allah SWT menampakkan diri kepada mereka setiap Hari Jumaat.”
INFAQ JUMAAT – SEDEKAH JUMAAT – INFAK JUMAAT – SALURAN INFAQ JUMAAT – SALURAN SEDEKAH JUMAAT – INFAQ – WAKAF – SEDEKAH HARI JUMAAT – INFAQ BERAS UMMAH – SEDEKAH BERAS UNTUK UMAT ISLAM DI KEMBOJA – WAKAF MAKANAN – SEDEKAH MAKANAN – SEDEKAH BERAS – INFAK BERAS
Pengakhiran kita tidak tahu lagi, syurga atau neraka.semoga kita semua diberi
husnul khotimah (sebuah akhir kehidupan seseorang dalam keadaan yang baik atau diredhai dan diampuni segala dosa-dosanya oleh Allah SWT.)