Bayar Zakat
Tarikh : 05/12/2024
Tunaikan Zakat anda bersama kami
BAYAR ZAKAT
TUNAIKAN ZAKAT
BAYAZ ZAKAT ONLINE
PUSAT PUNGUTAN ZAKAT
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِنْدَ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Dan dirikanlah oleh kamu akan solat dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan. (Surah Al-Baqarah, ayat 110)
zakat anda akan digunakan untuk tujuan jihad fisabilillah seperti berikut:
-
Wakaf Pembinaan Masjid Al-Barakah,Maahad Tahfiz Al-barakah di Malaysia,Indonesia dan Kemboja
-
Wakaf Bakul Makanan Food Bank Makanan asnaf, orang miskin dan memerlukan di Malaysia,Indonesia dan Kemboja
-
Wakaf Bencana & kecemasan – banjir dll.di Malaysia,Indonesia dan Kemboja
-
wakaf al-quran, buku akademik,pendidikan dan kitab pengajian agama di masjid,maahad tahfiz & surau Al-Barakah
-
Wakaf Pembinaan Masjid/Surau Ar-Rahman , Surau Al-Waqiah & Surau Al-Kautsar di Kelantan, Pahang, Kedah,Perak,Terengganu,Selangor,Johor, Sabah & Sarawak
-
Wakaf bil air & letrik di masjid,maahad tahfiz & surau seluruh Malaysia
-
Wakaf Pembinaan Surau Ar-Rahman, Al-Ikhlas, Al-Waqiah, Al-Kautsar di bawah seliaan kami
-
Wakaf Ilmu – Bina Perpustakaan & Pusat ICT, Pembangunan Quran Digital dan Program Dakwah Online/Offline
-
Biaya Kos Sara Hidup Pelajar Miskin di Malaysia,Indonesia dan Kemboja
-
Wakaf Pembinaan Pusat Pengajian Quran, Kebajikan dan Dakwah di Malaysia,Indonesia dan Kemboja
Antara hukum di akhirat bagi mereka yang tidak melaksanakan tuntutan ini, Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kekayaan tetapi tidak mengeluarkan zakatnya, maka pada hari kiamat nanti, ia akan didatangi seekor ular yang besar yang sangat berbisa dan amat menakutkan dengan dua bintik di atas kedua matanya lalu membelit dan mematuk lehernya sambil berteriak “Aku adalah kekayaanmu, aku adalah kekayaanmu yang kamu kumpulkan dahulu“
Kemudian baginda s.a.w membaca ayat al-Quran “Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya – menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka.
Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalungkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan. (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam apa yang kamu dakwakan itu)?”surah ali-’Imran ayat 180
Sabda Nabi S.A.W – “Bila mereka tidak mengeluarkan zakat bererti mereka telah menghalang hujan turun. Seandainya binatang tidak ada, pastilah mereka tidak akan diberi hujan”-
Hadis riwayat Ibnu Majah, Bazzar dan Baihaqi.