INFAQ SEDEKAH RAMADHAN 2026/ 1447H
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelummu agar kamu bertakwa. (QS. Al-Baqarah: 183) (yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka jika di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblab baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada bari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu) memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 184)
PINTU SYURGA AR-RAYYAN UNTUK ORANG BERPUASA
Daripada Sahl RA, beliau berkata, daripada Nabi ﷺ bersabda: “Sesungguhnya dalam syurga terdapat satu pintu yang dinamakan ar-Rayyan. Orang yang akan memasukinya pada hari kiamat nanti hanyalah mereka yang berpuasa, tiada sesiapapun yang layak memasukinya selain daripada mereka. Lantas akan diseru (oleh penjaganya): “Di manakah orang yang berpuasa?” Maka mereka yang berpuasa pun bangun memasukinya; tiada sesiapapun yang layak memasukinya selain daripada mereka. Apabila mereka sudah memasukinya, pintu itu akan ditutup, dan tiada sesiapapun lagi yang akan dapat memasukinya.”
(Muttafaqun ‘Alayhi, riwayat al-Bukhari, Kitab alShaum, Bab al-Rayyan Li al-Shaaimina, no. 1896, Muslim, Kitab ash-Shiyam, Bab Fadhlu ash-Shiyam, no. 1152)
DOA MAKBUL DENGAN BERPUASA
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullahﷺ bersabda: “Tiga orang yang tidakakan ditolak doa-doa mereka.(Pertama) Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka, (kedua)seorang imam (pemerintah) yang adil dan (ketiga) doa seorang yang dizalimi. Allah SWT akan mengangkat doanya ke atas awan dan dibukakan untuknya pintu-pintu langit dan Allah SWT akan berfirman: “Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, pasti Aku (Allah) akan menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika.”
(Riwayat At-Tirmidzi, Kitabad-Da’awat,Bab Fial-’Afwiwa al-’Afiyah,no.3598,dengan katanya: Hadith ini hasan)
Bulan Ramadan adalah merupakan bulan istimewa di mana Allah melipat gandakan segala amal baik yang kita lakukan. Salah satu cara untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”
(HR. Tirmidzi, dishahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614)
Rasulullah Menggandakan Amalan Sedekah Pada Bulan Ramadan
Hadis riwayat al-Imam al-Bukhari Rahimahullah, daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma:
كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدَ النَّاسِ، وَأَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ، حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ، وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ، فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ
Maksudnya: Adalah Nabi ﷺ seorang yang paling pemurah dan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadhan ketika Jibril AS bertemu dengannya. Adalah Jibril AS bertemu dengan Nabi ﷺ pada setiap malam pada bulan Ramadhan untuk mengulangkaji Al-Quran dan kemudiannya Rasulullah ﷺ menjadi lebih pemurah daripada hembusan angin yang pantas.
Riwayat Al-Bukhari (3554)
Umat Islam dianjurkan untuk memperbanyakkan sedekah pada bulan-bulan lain dan mempergiatkan lagi amalan bersedekah pada bulan Ramadan.
Sedekah Lebih Afdhal Pada Bulan Ramadan
Hadis riwayat Anas RA menyebutkan:
سُئِلَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَىُّ الصَّوْمِ أَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ فَقَالَ: شَعْبَانُ لِتَعْظِيمِ رَمَضَانَ . قِيلَ فَأَىُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ: صَدَقَةٌ فِي رَمَضَانَ
Maksudnya: Ditanyakan Nabi ﷺ puasa apakah yang terbaik selepas Ramadhan?. Jawab Nabi ﷺ: Puasa di bulan Sya’ban untuk mengagungkan Ramadhan. Ditanya lagi sedekah apakah yang paling afdhal. Jawab Nabi ﷺ: Sedekah di bulan Ramadhan.
digandakan pahala seperti beribadah selama 83 tahun (pada malam Lailatulqadar), diampunkan dosa, mendapat naungan di hari akhirat, dan menjamin syurga. Rasulullah SAW menjadi contoh paling pemurah pada bulan ini, menjadikan sedekah sebagai cara mendekatkan diri kepada Allah.
- Ganjaran Pahala Berlipat Kali Ganda: Satu sedekah kecil boleh diganjarkan seperti bersedekah selama seribu bulan jika kena pada malam Lailatul Qadar.
- Mendapat Naungan di Akhirat: Setiap sedekah yang dikeluarkan akan menjadi naungan buat pelakunya pada hari kiamat.
- Pemberian Makan Orang Berpuasa: Mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangkan pahala orang tersebut sedikit pun.
- Menghapuskan Dosa & Menyucikan Harta: Sedekah bertindak sebagai pelindung daripada azab api neraka.
- Mendekatkan Diri Kepada Allah: Meningkatkan keimanan dan hubungan dengan Allah SWT.
- Memberi makan kepada orang berbuka puasa (ifthar).
- Memberi sedekah kepada anak yatim, fakir miskin, ibu bapa, dan keluarga.
- Bersedekah secara ikhlas walaupun hanya dengan sebiji kurma.
