Di antara janji Allah bagi orang yang suka bersedekah dan membelanjakan hartanya itu ialah melindunginya dari kepanasan kubur dan sedekah itu akan meneduhkannya di hari akhirat.
Telah diriwayatkan daripada Uqbah bin ‘Amir r.a. Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ الصَّدَقَةَ لَتُطْفِئُ عَنْ أَهْلِهَا حَرَّ الْقُبُورِ، وَإِنَّمَا يَسْتَظِلُّ الْمُؤْمِنُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِي ظِلِّ صَدَقَتِهِ
Ertinya: “Sungguhnya sedekah itu akan memadamkan dari ahlinya akan kepanasan kubur. Dan bahawasanya akan berteduh seorang mukmin itu pada hari kiamat di bawah teduhan sedekahnya.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi dan At-Tabarani)
Sedekah Dapat Menghapuskan Dosa
Daripada Muaz bin Jabal RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
والصدقةُ تُطفِيءُ الخطيئةَ كما تُطفِيءُ الماءُ النارَ
Yang bermaksud: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”
Hadith Sahih, Riwayat Al-Tirmizi, 614
Jemput sedekah wakaf untuk Program INFAQ BERAS UMMAH anjuran Pertubuhan Amal Kebajikan,Pendidikan Dan Kemajuan Insan Kota Bharu
Infaq dari serendah RM1 ATAU RM100/untuk sebulan seguni beras untuk 1 keluarga di Malaysia,indonesia dan Kemboja (golongan asnaf,orang miskin,pelajar tahfiz dan umat islam yang memerlukan)
WAKAF,INFAK DAN SEDEKAH BOLEH DISALURKAN TERUS KE AKAUN BANK KAMI
BANK: BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
NOMBOR AKAUN: 03036010170932
NAMA AKAUN: PERTUBUHAN AMAL KEBAJIKAN,PENDIDIKAN DAN KEMAJUAN INSAN KOTA BHARU
Whatsapp : +60165326086
Pertubuhan Amal Kebajikan,Pendidikan Dan Kemajuan Insan Kota Bharu *(PPM-007-03-06102021) adalah sebuah ngo yang sah berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Aktiviti utama kami adalah menjalankan kerja-kerja berkaitan kebajikan masyarakat/ umat islam,pendidikan dan kemajuan insan.
Doa Dimurahkan Rezeki dan Dihindari Kesusahan oleh Allah S.W.T
فَقَالَ رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ
Maksud: “Maka (Nabi Musa pun berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.” (Surah Al-Qasas, 28:24)
Fadhilat Infaq Sedekah
Rasulullah SAW bersabda: “Bersegeralah bersedekah sebab bala bencana tidak pernah mampu mendahului sedekah. Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah. Ubatilah penyakitmu dengan sedekah. Sedekah itu sesuatu yang ajaib. Sedekah menolak 70 macam bala dan bencana dan yang paling ringan ialah penyakit kusta dan sopak.” (Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabarani)
Fadhilat Sedekah, infaq dan wakaf dunia dan akhirat
– Akan Sentiasa Dilindungi Allah Dunia & Akhirat
– Sedekah infak dapat hindari musibah/kesusahan
– Allah Akan Murahkan Rezeki & Harta Tidak Berkurang malah makin melimpah
– Selamat dari Api Neraka & Azab Kubur
– Infaq Sedekah Ubati Penyakit
– Akan Masuk Syurga Melalui Pintu Sedekah
– Manfaat Amal jariah akan mengalir selamanya
– Pahala infaq sedekah & wakaf si anak / ada pertalian darah akan sampai kepada ibu-bapa di alam barzakh
Ubati Penyakit & Hindari Keburukan & Bala Dengan Infaq Sedekah
دَاوَوْا مَرْضَاكُمْ بِالصَّدَقَةِ، وَحَصِّنُوْا أَمْوَالَكُمْ بِالزَّكَاةِ فَإِنَّهَا تَدْفَعُ عَنْكُمُ الأَعْرَاضِ وَاْلأَمْرَاضِ
Ertinya: “Sembuhkanlah orang-orang yang sakit di antara kamu dengan bersedekah, dan bentengilah hartamu dengan (mengeluarkan) zakat, kerana sesungguhnya hal itu akan mencegah berbagai keburukan dan penyakit.” – Hadith Nabi S.A.W
Selawat Ke Atas Nabi Junjungan Nabi Muhammad S.A.W
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ