ANAK YANG BAIK,SOLEH,SOLEHAH PASTINYA AKAN SENTIASA KIRIMKAN/ HADIAHKAN DOA SERTA PAHALA KEPADA IBU BAPA YANG TERSAYANG WAKTU HIDUP & SUDAH MENINGGAL DUNIA.
Pahala Sampai Kepada Roh di Alam Barzakh
‘Sayidatina Aisyah RA pernah meriwayatkan sebuah hadis daripada Baginda SAW yang menyebut perihal Baginda membenarkan anaknya bersedekah ke atas ibunya yang telah meninggal dunia.
إن أمي افتلتت نفسها وأظنّها لو تكلّمت تصدّقت، فهل لها أجر إن تصدّقت عنها؟”. قال : “نعم، تصدق عنها
Maksud: “Bahawasanya, ada seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: “Sesungguhnya ibuku meninggal dunia secara tiba-tiba (dan tidak memberikan wasiat), dan aku mengira jika ia boleh berbicara, maka ia akan bersedekah. Maka, apakah dia akan memperoleh pahala jika aku bersedekah atas namanya (dan aku pun mendapatkan pahala)? Beliau menjawab: “Ya, maka bersedekahlah untuknya).” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1004)
TRANSFER ONLINE DI SINI
WAKAF,INFAK DAN SEDEKAH BOLEH DISALURKAN TERUS KE AKAUN BANK KAMI
BANK: BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
NOMBOR AKAUN: 03036010170932
NAMA AKAUN: PERTUBUHAN AMAL KEBAJIKAN,PENDIDIKAN DAN KEMAJUAN INSAN KOTA BHARU
Para ulama bersepakat bahawa boleh bersedekah ke atas nama orang yang telah meninggal sama ada dengan menggunakan harta si mati atau menggunakan harta sendiri.
Adalah digalakkan untuk si anak sendiri yang menyedekahkan harta kepada si mati kerana anak yang soleh itu adalah hasil si mati sendiri (darah daging dan didikan yang diberikan).
Jika saudara-mara atau sahabat handai juga ingin menyedekahkan dengan niat untuk si mati, maka dibolehkan juga sama ada menggunakan harta sendiri atau si mati.
Perihal ini adalah sama dengan situasi jika kita menyedekahkan bacaan Al-Fatihah atau Yaasin kepada si mati. Pahala itu juga akan jatuh kepada anda dan jumhur ulama bersepakat bahawa ia juga akan sampai kepada si mati.
Imam Nawawi juga mengulas isu ini bahawa doa orang yang sudah mati akan sampai manfaatnya kepada si mati berdasarkan beberapa dalil dan hadis. Bahkan Allah sendiri menganjurkan hambaNya untuk berdoa kepada orang yang telah tiada.
Mafhum: “Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kamu dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam Iman.” (Surah Al-Hashr, 59:10)
Imam al-Qurtubi lagi bahawa ulamak telah bersepakat bahawa pahala sedekah akan sampai kepada si mayat. (Lihat al-Tazkirah, m. 279). Begitu juga membaca al-Quran dan berdoa dan beristighfar kepadanya. Benarlah sabda Nabi SAW:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”
Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651),
al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)
MAYAT MERAYU DIHIDUPKAN KEMBALI HANYA UNTUK BERSEDEKAH AMAL JARIAH
Allah s.w.t berfirman dalam Al Quran bahawa apabila seseorang yang banyak dosa meninggal dunia, dan amalannya tidak mencukupi untuk menyelamatkannya di akhirat kelak, dia merayu kepada Tuhan agar diberi masa dan dikembalikan semula ke dunia hanya untuk bersedekah.
Mereka tidak meminta diberi masa untuk melakukan solat, melakukan ibadah haji dan lain-lain tetapi hanya sedekah.
Besarkah ganjaran sedekah sehingga ia seolah-olah menjadi talian hayat yang terakhir?
Sesungguhnya setiap orang akan menunggu di Padang Mahsyar kelak, masing-masing akan menunggu untuk diadili dalam keadaan panas, dahaga di sebalik lautan manusia. Apakah yang dapat mengurangkan sedikit kesusahan pada waktu tersebut?
Ya, amalan sedekah yang menjadi amalan sewaktu di dunia.
Imam al-Nawawi mengulas isu ini di dalam al-Azkar dengan katanya: Telah ijmak ulama bahawa doa untuk orang-orang yang sudah mati bermanfaat bagi mereka dan pahalanya sampai kepada mereka ianya berdasarkan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Hasyr ayat 10:
“Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), berdoa: “Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami…”
Juga ada diriwayatkan daripada hadis yang masyhur, bahawa Rasulullah SAW berdoa: “Ya Allah, ampunilah bagi ahli Baqi’ al-Gharqad.” Hadis Sahih Riwayat Muslim.
Doa Rasulullah SAW yang lain: “Ya Allah, ampunilah bagi yang hidup dan juga yang telah meninggal dunia daripada kami…” Hadis riwayat Abu Daud dan lainnya. Imam An-Nawawi melanjutkan: Tentang bacaan al-Qur;an, terdapat perbezaan pandangan. Apa yang masyhur daripada mazhab Syafi’I bahawa pahala bacaan tersebut tidak sampai kepada si mati. Akan tetapi sekumpulan ashab Imam Al-Syafi’i sendiri sependapat dengan Imam Ahmad dan sekumpulan ulama lainnya yang mengatakan bahawa bacaan tersebut bermanfaat serta akan sampai pahalanya kepada si mati. Dan sebaiknya orang yang membaca al-Qur’an selepas selesai membacanya hendaklah berdoa: “Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada Fulan…” dan juga disunatkan memuji dan menyebut kebaikannya. (Lihat al-Azkar, m. 164)
Sumber web mufti wilayah
CARA SEDEKAH PAHALA UNTUK ARWAH IBU,AYAH, SUAMI, ISTERI,ANAK DAN SELURUH AHLI KELUARGA
Anak-anak yang ingin menghadiahkan pahala sedekah infaq wakaf kepada arwah ibu dan bapa atau ahli keluarga yang masih hidup atau sudah meninggal dunia dijemput infaq wakaf melalui pelbagai program infaq sedekah wakaf anjuran / seliaan kami, Pertubuhan Amal Kebajikan,Pendidikan Dan Kemajuan Insan Kota Bharu .
1.Wakaf Pembinaan Masjid Al-Barakah,Maahad Tahfiz Al-Barakah di Malaysia,indonesia dan Kemboja
2.Wakaf Food Bank Bantuan Makanan orang miskin dan memerlukan
3.Wakaf Bantuan Bencana & Kecemasan Banjir
4.Wakaf Quran, buku akademik,pendidikan dan kitab pengajian agama di masjid,maahad tahfiz & surau Al-barakah
5.Wakaf bil air & letrik di masjid,maahad tahfiz & surau seluruh Malaysia
6.Wakaf Pembinaan Surau Ar-Rahman , Surau Al-Waqiah & Surau Al-Kautsar di Kelantan, Pahang, Kedah
7.Wakaf Ilmu Pembangunan Quran Digital dan Dakwah Online
8.Biaya Kos Sara Hidup Pelajar Miskin
9.Wakaf Pembinaan Pusat Kebajikan dan Dakwah Islam
WAKAF,INFAK DAN SEDEKAH BOLEH DISALURKAN TERUS KE AKAUN BANK KAMI
BANK: BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
NOMBOR AKAUN: 03036010170932
NAMA AKAUN: PERTUBUHAN AMAL KEBAJIKAN,PENDIDIKAN DAN KEMAJUAN INSAN KOTA BHARU
Whatsapp : +60165326086